Kata orang : “Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.”
Tapi aku katakan : “Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.”
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."

Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan

dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.

Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?

Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...

Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


AKU ADA KERANA KAU PUN ADA


cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada

dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku



Friday, July 29, 2005

Surat untuk Teman

akan ku sisip kenangan buat ingatan sepanjang zaman....

Teman,
ku tahu kau rindu..
pada insan yang dulu pernah bertakhta dihatimu..
pada insan yang pernah sama-sama menyulam bahagia..
pada insan yang pernah menangis bersama..
pada insan yang pernah kau impikan untuk hidup bersama...

teman,
tahukah engkau...
tiap yang berlaku itu adalah suratan-Nya..
telah terpahat di azali..
setiap makhluk ada pasangan...
setiap pertemuan ada perpisahan..
setiap yang berlaku adalah ujian...

teman,
tak salah untuk mu mengenang...
tak salah untuk mu memuja..
tapi ingat lah teman...
adalah salah jika kau tak mampu menerima...
adalah salah jika kau tak mampu redha..
adalah salah jika kau terus meratap...

teman,
ingatlah..
ini hanya secebis dugaan..
dari-Nya yang maha mengetahui....
tentang ketabahn hati..
setiap hamba-Nya yang diuji....


Erti kasih seorang teman...
Mar - 28 Julai 2005

Wednesday, July 27, 2005

Friends like flower, come in all
shapes and sizes. They are quick
to our side when the need arises.
they add variety an interest to
our lives.

Without them we wonder if we
could ever survive. They make
a cloudy day seem sunny, sometimes
they are serious, other times funny.

Our best interest they have at heart,
and always are sad when it is time
to part.....


It's hard to find true heart in so bustling mundane world,
where can I fine a sparkling heart.
Julai 2005

Tuesday, July 26, 2005

Kadangkala kau bagai ombak
memecah sepi
pantai yang sama kau ulangi

Kadangkala kau bagai karang
rela melupakan
terbiar aku kesakitan.....

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang...? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci...? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati masih berkocak cinta lama...?

Kau menang akhirnya!
Julai 2005.

Selagi ada hayatku...
selagi itulah aku akan mengenangmu.


Ada sebuah nasihat yang menganjurkan agar jangan berputus asa jika kakimu terantuk dan engkau terjatuh ke dalam lubang yang dalam. Kelak engkau akan keluar darinya dengan kekuatan dan daya tahan yang lebih kukuh. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Jangan bersedih sekiranya orang yang selama ini dekat denganmu menghunjamkan anak panah ke tubuhmu. Kerana nanti engkau akan mendapatkan orang lain yang akan mencabutkan anak panah tersebut, mengubati lukamu dan mengembalikan kehidupan dan senyumanmu.

Jangan sering bernaung di atas gedung reruntuhan, terutama bila sekelompok kelawar telah menghuninya dan kegelapan telah menghampirinya. Carilah kicauan burung yang menembus cakerawala bersama sinar pagi yang cerah.

Jangan melihat kertas-kertas yang telah berubah warnanya, huruf-hurufnya yang membingungkan, dan tulisannnya yang sudah suram. Engkau akan menyedari bahawa tulisan itu bukanlah tulisan yang terbaik yang pernah engkau tulis. Dan kertas itu bukan kertas terakhir yang engkau tuliskan. Engkau harus membezakan antara orang yang meletakkan tulisanmu di matanya dengan orang yang menyerahkannya pada angin. Tulisan ini tidak hanya ucapan indah yang berlalu begitu saja, akan tetapi dia adalah perasaan hati yang hidup pada setiap hurufnya, menggoncangkan denyut jantung orang yang membawanya dengan penuh kesabaran, dan membakar kepiluannya dengan api.

Jangan anda seperti raja yang murung, nama julukan burung ajaib yang mengeluarkan kicauan merdunya bila berdarah kerana terluka sehingga dijuluki dengan nama tersebut. Sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang seimbang dengan nilai darah anda walau setitis pun.

tanda hati ingatan seseorang....
25 julai o5

Hanya ingin tahu....
Kerana derita itu amat pahit
sunyi itu amat kelam
rindu itu amat pedih
sayang itu amat sengsara
PENANTIAN itu bagai mengalirnya air sungai tanpa hentinya....

Norin - Julai

Dear,
Keindahan pantai dan laut biru itu kan lenyap jua di kala hati sedang lara.

Kita sering bertanya...
"Mengapa kita yang di duga sebegini......."? "Mengapa bahagia itu bukan milik kita......"?
"Mengapa pelangi selalu kelihatan cantik di atas kepala orang lain........."?


Norma
25 Julai 05

Wednesday, July 20, 2005

Surat untuk Bulan ; Hujan Rindu Belum Berakhir (ii)

Letakkan cintaku dalam hatimu…
Hanya dengan itu dapat kau selam
Luka hatiku yang parah….


Dalam cahaya pagi yang masih diselubungi kesamaran kerana mentari dalam perjalanan. Serta-merta hati ini rindu kepada seorang insan datang bertandang, tanpa memberi salam. Dan rasa itu menusuk ke tangkai hati…. Debaran dan kedamaian bersatu hingga diri ini gagal mentafsir jenis apakah perasaan ini. Kadang-kadang aku ingin bebas daripada perasaan begitu namun kadang-kadang aku senang berperasaan begitu.

Mengapa aku tidak dapat melupakanmu? antara perjalanan suci merangkap waktu, sering membuat aku rindu…. Bukannya aku tewas dalam perjuangan dan terus membelai impian. Baru sebentar tadi aku melihat sinar matamu. Meronai garis-garis kesetiaan yang semakin kelam dan amat panjang. Bagaimana aku hendak melupakanmu. Dalam keheningan pagi sering bertemu dan untuk esok, doaku biarlah ia berlalu. Dalam kenangan yang begitu payah untuk aku melupakanmu dan mungkin untuk selamanya. Maka, jadilah aku seorang pengingat yang setia. Setelah aku tahu aku hanya serangga di taman belantara.

Seminggu berlalu… kemudian sebulan berlalu… namun keadaan masih begitu. Aku menunggu kalau-kalau kau menghubungi. Menunggu kalau-kalau kau mahu menemuiku. Terlalu mengharapkan pertemuan kesekian kalinya. Namun kehampaan. Selepas hari itu, kau tidak lagi menghubungi aku, tidak lagi bertanya khabar. Lalu aku tertanya-tanya apakah masa telah memadamkan kasih sayang mu terhadap ku.? Apakah masa telah menghambarkan perasaan mu terhadap ku? Apakah segala-galanya telah tersurat dan aku harus menerima kenyataan bahawa kau kini bukan kau yang dahulu? Kau bukan milik diri ini seorang…. Meskipun kaulah satu-satunya yang aku ada waktu ini.

Kalaulah kau bertanya pada diri ini….(tetapi akan bertanya kah kau…?) Ya! perasaan ini tak berubah….dan tidak pernah berubah…. Masih seperti dulu dan aku tak mahu dia padam. Biarlah ia terus hidup bersama jasad ini. Biarlah…. Kalau tu yang Allah mahukan. Kalaulah perasaan tu seperti burung sekalipun, kita masih boleh menghalaunya untuk pergi jauh-jauh. Tapi perasaan ialah sesuatu yang lain…. Yang hidup tapi tak tahu mengapa hidup, tapi tak tahu dimana…. Bukankah ianya cukup susah untuk diterangkan?

Puas cuba tahan. Tapi hati manusia bukanlah dalam tangan kita walau dijaga sepenuh hati. Takdirnya kau pergi juga…. Dan kau pergi membawa amarah dan rajuk yang terkumpul di hati… apakah itu jalan pengakhir segala derita kerinduan yang kau tanggung? Biarpun sedihnya tidak dapat dijelaskan, tidak dapat digambarkan…. Tetap mendoakan kesejahteraan mu walau dimana bumi kau berpijak. Ah! alangkah indahnya ciptaan Ilahi pada hati yang sekeping ini bukan…? Masih mampu mendoakan kesejahteraan insan yang tersayang meskipun jika dilihat hati ku sendiri… hancur berkeping-keping…

Mengenangkan saat-saat akhir sebelum kau meninggalkan diri ini terasa sebak. Teringat betapa kerinduan mu untuk menatap wajah ini. Dan dengan kerinduan itu juga kau pernah menggambarkan kepada ku betapa saat itu tiada apa lagi yang kau mahu selain ingin mengharapkan pertemuan kita. Dan semuanya berlaku seperti yang tertulis, antara kita jodoh telah tersurat tanpa ada satu pertemuan….

Kadang-kadang kita sendiri tak mahu lakukan kesilapan atau sesuatu yang tak baik pada orang lain. Tapi kerana kita ni manusia, kita lewat sedar kesilapan itu. Sama ada masih ada harapan atau tak, semua tu kehendak Allah juga. Ya Allah Ampunilah hambaMu ini kerana tak kuat untuk menahan kerinduan ini. Masih terasa-rasa betapa dirimu begitu menyayangi diri ini. Rajuk marah marah mu. Segala-galanya begitu jelas tergambar dimata ini. Gambar kau yang tersenyum dengan ketenangan yang tak terungkap hanya dengan luahan kata-kata. Semuanya memerangkap jiwaku dalam kegelapan dan kesedihan.

Ya Allah! Sebesar gunung kasihku pada dia, dia tetap pergi juga. Maka lenyapkanlah perasaan itu kiranya ia mampu membawa diriku ke lembah kederhakaan dan keingkaran terhadap takdirMu. Lenyapkanlah ia…. Supaya yang ada di dalam hatiku hanya kasihMu. Hanya cinta padaMu dan seluruh tumpuanku biarlah hanya padaMu yang termanis untuk kucintai.


Kenang Daku Dalam doamu

Sungguh jauh dikau pergi
Meninggalkan diriku ini
Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudah lah memang
Nasib ku dik
Demikian rupa

Ku berdoa
Agar dikau
Hidup bahgia
Jangan bimbang
Padaku nan berduka

Tapi dikau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itu yang ku pinta
Dari dulu waktu bertemu

Selamat Tinggal Kuala Lumpur...
Hilang Di Mata Di Hati Jangan.
9 Julai 20053.50 pagi (nun diluar hujan yang turun mencurah-curah...)

Sunday, July 17, 2005

Aku Tetap Aku

Kau cuba lukakan hatiku
Tapi hatiku tidak parah
Kau cuba nyalakan api amarahku
Tapi amarahku tidak membara

Kau cuba tiupkan gelombang kebencianku
Tapi gelombang itu ketandusan arah
Kau cuba putuskan tali cintaku
Tapi cintaku tidak terburai
Kau cuba bunuh cintaku
Tapi cintaku tak pernah mati
Walaupun tanpamu, aku tetap aku yang dulu.



Sesat Dalam Rindu

Ku….resah mencari mu
Dengan akal
Dan bersama sifat-sifat
Pinjaman
Kau ku rasakan
Semakin jauh
Tersesatlah aku dalam rindu

Ku satukan firasat
Mencari mu
Dan ku terlontar
Di penghujung alam
Kau masih tak dapat
Ku jejaki

Betapa malangnya
Nasib ku kerana mu
Ku tinggalkan segalanya
Sendiri aku terpedaya
Punya akal dan firasat
Yang tak kemana
Hanya jalan yang sengsara
Zahir musnah
Bagi yang mimpi

Zahir ada rahsia menanti
Lalu ku selami didalam diri
Di bawa arus nafas ku
Asal serah janji dahulu
Mula hidup pasti mula cinta…
Engkau kasih ada disini
Engkau kasih ada menanti
Kau kasih aku jua kasih

Menyimpan dendam di dalam hati hanya akan buatkan diri kita tak dapat hidup dengan tenang. Walaupun seseorang itu memang jelas bersalah terhadap kita, biarlah dia sorang yang terima hukuman. Tak adil jika kita mahu menghukum diri kita dengan perasaan dendam sekalipun kita tak bersalah, sekalipun kita memang layak untuk menyimpan dendam itu.

Julai 2005
Apakah kau masih disitu...?

Saturday, July 16, 2005

Baik-baik menanam padi
Takut lalang tumbuh berdiri
Baik-baik menanam budi
Takut tertanam diri sendiri


Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan layu-layuan

Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir didalam jiwa
Biarlah salah dimata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Ku harapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka kita langkah bersama
Disitu kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta
Lautan berapi pasti akan ku renang jua


Buat mksu...apabila terdengar lagu "suci dalam debu " ini...rasa sayu hati ini teringatkan pengorbanan demi pengorbanan mu jua kasih sayangmu yang tidak pernah berbelah bagi...sekalong budi jua sekalong doa buatmu moga terus tabah melalui liku-liku kehidupan ini...dan kasih sayangmu umpama buih-buih di lautan...bertebaran di mana-mana...dan mungkin suatu hari kau akan bersemadi dengan kebahagiaan mu yang tersendiri disisi Dia Maha Pencipta...biarlah kita terima penghinaan didunia ini, tetapi kita akan lebih rasa terhina jika kita jauh dari kasih sayang Allah..

Salam Kasih mesra

Thursday, July 14, 2005



perlukah aku melupakan...
Bau dahlia
Semercik air gunung
laut dan samar senja...
Alangkah payahnya untukku melupakanmu.


Sungai Congkak
foto ihsan mks
25 Mac 2005

Wednesday, July 13, 2005

Bertahta Dihati

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut...
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta...

Lihat lihat kedalam mata ku
Sinarnya menyala
Lihat lihatKe dalam mata ku
Cinta mu bertahta...

Sebelum ku kenal
Diri mu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta...

Setelah ku kenal
Diri mu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa...

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan...

Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis...
Lihat lihat kedalam mata ku
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mata ku
Cinta mu bertahta dihati...

Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya...
Takkan berubah perasaan ini terhadap mu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang...

Julai 2005

I know if i ever find another love in time....
You will always be there in the back of my mind.
The power of love can bring such pain....
I still love you... I just LOVE YOU.

Sungguh cantik papan di jawa
disulam dengan daun kencana
sungguh enak fitnah dibawa
diri menerima jiwa merana.

Disulam dengan daun kencana
papan dijawa dibuat peti
diri menerima jiwa merana
sampai mati tetap diingati.

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata kata yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti manakah ilhamku...

Cahaya di matamu senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Disaat begini aku merindukan...

Berhelai-helai surat terbiar di depan ku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh dari pandangan
Lalu aku kesal...
Ku kumpul semula tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hati ku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku...

Dengarkanlah panggilan ku
Dengarkanlah lagu untuk mu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya...

Warna-warna cinta ku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap-gelita
Entahkan kau rasa apa yang aku rasa atau kau tak indah...

Tapi ku percaya semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Nanti suatu masa
Di hari yang indah ku hulur tanganku lalu kau terima...

Kata orang: “Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.”
Tapi aku katakan: “Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit”



Kini aku sendirian meniti hari-hari yang suram…… tiada lagi kasih sayang mu…. segala-galanya telah tiada…. Terasa diri sebatang kara menahan jasad yang lemah di bawah hembusan angin. Di bawah langit yang tidak beralas… di bawah kehijauan dedaunan yang tunduk turut simpati dengan kesedihan. Namun apabila teringatkan kasih Allah, aku seperti mendapat satu kekuatan.

Sudah suratan takdir, aku kembali menyusuri keputihan pantai… mengimbau segala kenangan…. Meskipun setelah kehilangan segalanya…Ombak yang menghempas seakan mencerminkan hati ini….walau kelihatan tenang memukul pepasir pantai, namun yang tergambar di hatiku ialah sebaliknya. Diri ini tidak lagi mampu mengikut rentak alam. Bermain bebuih ombak dengan bersahaja dalam tenang. Di hatiku kini tergambar segala rasa, segala derita. Diri aku yang dahulu terlalu mencintai bunyi air yang mengalir biar air sungai atau deru ombak laut…. Aku yang dahulu terlalu mencintai deru angin apalagi bunyi desiran dedaunan yang bergesel di pukul bayu…. Kini telah bertukar menjadi sekujur jasad yang tidak berdaya meskipun dikelilingi semua keindahan itu. Alangkah hebatnya dirimu sang kekasih! Segala keindahan itu turut kau bawa pergi…. Sedang diri ku tiada apa lagi yang tertinggal….?

Ya rabbi…. Aku berjalan melewati permukaan bumi yang tinggi, yang rata dan kubawa bersama hatiku kemana sahaja. Tetapi mengapakah sering kali aku lupakan diriMu. Sedangkan yang kulewati itu tiada sebesar zarah pun yang bukan ciptaanMu. Maka tanpa sedar…. Tanpa adanya layak untuk diriku memijak bumiMu ini….. masih jua Engkau sambungkan nyawa dan rezeki buat diriku.

YaAllah….. aku mencari dimana hatiku, di mana tumpuanku dan di mana tuju kasih sayangku. Kepada siapakah telah ku terbangkan rindu ini….. lalu mencarilah aku seperti orang yang tersesat jalan. Sesekali aku yakini bahawa jalan yang aku pilih itu ialah benar, tetapi kenapa tidak kutemui tanda-tanda kebenaran di sepanjang jalan yang kulalui itu? Dimanakah tanda-tanda itu atau akukah yang tersalah memilih arah? Jika begitu di manakah pula jalan untukku kembali?

Ya Allah….. temukanlah aku dan dirinya. Bahagiakah dia? Deritakah dia? Ya Allah…. Rindunya hati ini. Kurniakanlah aku jalan untuk kutemui dia. Dan dekatlah kasihnya dihatiku. Berikanlah aku kesabaran untuk menunggu dan ketabahan untuk aku mengembalikan semua itu seperti dulu. Dan sejahterakanlah hidup dia meskipun terpisah jauh dari mataku.

Tega. Diayunkan juga langkah sambil menahan pahit perasaan sendiri. Langkah masih diteruskan walaupun terasa seperti terhenti-henti dan memandang ke hadapan yang dirasakan seperti semakin berbalam dan kelabu…. Apakah hidup ku yang akan datang juga begitu…? Namun aku masih mengharapkan datangnya cahaya biarpun terpaksa terus meredah belukar dan terasa seperti pecahan kaca menusuk hati ini sehingga berdarah. Walaupun sakitnya tiada terkira. Selagi hidup belum sudah, langkah mesti diteruskan.

Untuk menenangkan diri, menyerahkan diri ini kepada Allah. Dialah Pencipta. Dialah Kekasih. Maka hanya kepada Dialah dapat disandarkan perasaan dan diadukan segala kedukaan atas kedukaan….. rindu, resah, gelisah, lesu, cinta, kasih dan sayang yang bertimpa-timpa bersesakan dipangkal hati ini… Dan ketika malam diselimuti embun, terdengar rintihan yang menghibakan. Hanya Allah yang faham apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung.

Wahai Tuhan! Engkaulah tempatku memohon perlindungan dalam hidup. Engkaulah Penjamin dan Pembimbingku dalam mati. Ya Allah Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap getaran batin ku. Tidak ada raja bagiku selain Engkau yang aku harap untuk menghapus segala derita…. Merintih menanti fajar terbit, dengan harapan kesakitan yang dirasakan ini berkurangan.

Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh
Menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidakku sangka
Yang terang akan suram
Meskipun intan
Bayangnya jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baru ku tahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu
Pembuka jalan selebar dunia


Cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah…. Semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Birpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

9 Julai 2005
menjelang ke dinihari
350am
selamat tinggal Kuala Lumpur....


www.suratuntukbulan.blogspot.com

Tuesday, July 12, 2005

Whoever wears clothes of fame (in this world),
the Almighty will clothe him in clothes of
disgrace on the Day of Judgment.

The best prayer after the compulsory ones
is that which is done in the middle of the night.

The believer who mixes with the people and
endures the haram they cause him is better than
the believer who neither mixes with the people
nor endures their harm.

Give charity while you are healthy.
Do not wait until (the soul) reaches
the throat.

The best of you
is one who is best
in repaying his debts
.

Kisah Cinta

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...


Julai 2005

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Atas apa yang kau beri
Aku terdampar di sini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang sinarnya terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat

Mengapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Mengapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima.. kekalahanku

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salurkan.. kemenanganku

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima.. kekalahanku

[ Rebahkan rambutmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti semua.. ]

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta ku dapat


Julai 2005

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Nilai Cinta Mu

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...



Monday, July 11, 2005

Diam

Sesudah tiba waktunya, tengah malam
Menunggu warna reda terpancar
Sinar matamu bening dan menikam
Aku telah memilih diam

Diam bukan bererti marah
Diam bukan bererti kalah
Diam bukan bererti salah
Diam bukan bererti lemah

Malam ini kita dicabar dengus angina
Mana ada cinta perkasa yang tak membadai
Antara umbi hidup dan sulur kehidupan
Aku telah memilih diam

Diam mengajar aku memahami sabar
Diam adalah salju memadam api amarah
Diam umpama bunga penyeri halaman
Mereda gelora
Diam dibina dengan ambangan bulan
Mencari kebenaran
Diam seperti memandang cermin diri

Sesudah tiba waktunya, tengah malam
Izinkan aku memilih diam
Sehingga kutemui kata-kata
Yang mampu menjadi makna


Julai 2005
Kukatakan kepada hatiku bahawa
jika kesusahan datang menerpamu
bergembiralah, kebanyakan hal
yang menakutkan itu tidak ada kenyataannya

Nota 'Terakhir'.....Bersama Harapan Yang Bukan Terakhir.

"SAYANG DEARIE...
NOTHING MUCH I WANT TO SAY
JUST I MISS YOU.." - Mummy.

Inilah kata-kata azimat terakhir dari seseorang yang 'pernah' (mungkin tidak sekarang..) mencintai diri ini dengan sepenuh hati bersama kiriman sehelai selimut....

Nilai Cintamu...

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...

Cuma jika dirimu berpeluang membaca email ini...tolonglah fahami isi hati ini...Hanya dirimu satu-satu insan yang paling dicintai...berilah peluang SEKALI sahaja lagi dan akan ku gunakan dengan sebaiknya untuk tidak mengulangi kesilapan ku yang lalu...jika nanti dirimu melihat bulan dan bintang-bintang di langit...buih-buih dilautan namun itupun belum sebagai ukuran sebanyak mana kasih dan sayang diri ini padamu...."Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu...." kata-kata azimat inilah yang membuatkan kesilapan diri ini sehingga KEHILANGAN insan yang paling dikasihi...apakah masih ada peluang?...masih ada peluang untuk kita menyulam rindu bagai dulu...mengotakan segala janji yang slalu kita harap agar kita sama-sama berpegang pada janji?impian dan harapan yang hanya bukan omong-omong kosong?tinggal hanya sebagai angan-angan kini..jauh-jauh seperti jauh dirimu dari diri ini....pergi bagai angin lalu....bersama "IMPIAN YANG TAK SUDAH..."yang tinggal hanya kesan-kesan kelukaan...kesan kehampaan...kesan penyesalan yang tak pernah kesudahan pada diri ini....

TERMANGU aku di pelantar sendu merenung alunan ombak waktu yang kian pantas memecah buih-buih kasih di celahan takdir. Bukan tak ku izin ombak waktu menyentuh buih kasih.

Bukan tak ku rela bayu senja menyapa pantai kenangan. Tapi kerana sentuhan itu adalah sentuhan kecundang, aku tak berdaya membiarkan segalanya menjadi bagai istana dicium ombak. Ingin ku himpun dedaun perpisahan menjadi hamparan pertemuan yang baldu buat menyambut kedatangan insan yang aku sayang.

Tapi sayang... impian kian kering disejat mentari duka. Dan dalam keterharuan yang tak pernah diagihkan ini aku berbicara sendiri.

Bagiku hitam bukan impian. Derita pun tak pernah kecundang. Dan perpisahan jua tak pernah ku gamit agar bertamu di teratak jiwa. Semahunya hati ini ingin terus merangkai mutiara mesra kerana itulah yang menumpah bahagia.

Tapi perpisahan yang hadir bersama salam duka membuatkan keterpaksaan bersarang di minda. Pedihnya perpisahan ini, siapakah yang paling mengerti?

Menangis hatiku bila aku gagal mencampak kenyataan ke laut dusta. Terpaksa ku akui aku tak tega menghadapi perpisahan ini. Aku terasa kehilanganmu.

Jarak yang memisahkan, biarpun bukan beribu batu cukup untuk menyalakan api keyakinanku bahawa mesra yang biru akan menjadi kelabu. Selama ini aku sandarkan kekuatan hati di serambi mesramu kerana itulah satu-satunya yang memutihkan hitam warna lara yang ku genggam.

Tapi masa yang berlalu merubah keadaan. Lantas kini aku terbuang. Sendiri membilang derita.

Jaluran perpisahan yang terentang ku tafsirkan bukan dengan satu warna. Ada hikmahnya perpisahan yang terjadi. Bertamunya aku di anjung hidupmu bukan untuk selamanya. Saat bahagiamu menyinar suluhan kasihku akan ku halakan ke satu arah yang tak lagi sehala denganmu.

Dan senyumanmu tak ingin ku hapuskan ia dengan sebabak kisah sendu yang terpaksa ku kendong. Bahagiamu.... itulah yang terlalu ku impikan!

Andai ada ruang di hatimu, isikan sebaris namaku disitu. Andai ada pohon kasihmu yang tak berbunga, kau cantumkan bunga kasihku di situ.

Pastinya ia akan mekar dan mewangi sepanjang musim. Disudut ini, relakan pengunduranku kerana aku hanyalah ibarat lilin. Menyinar terang bukan menyuluh diriku sendiri....

Apa yang ingin kau katakan padaku sekarang ragaku? Kemana sedihmu kau simpan? sudahkah ia pergi?sudahkah kau mengerti mengapa hanya sebagian rohmu yang bersukacita sementara rohmu yang lain dirundung kedukaan tanpa mengerti kenapa ia harus berduka sebab sebagian dirinya masih bisa tersenyum.Aku rasa kau masih tak mengerti.Katakan padaku rundung dukamu wahai ragaku, sebab aku tak dapat hidup tanpamu, dan kau tak bisa berjalan di jagad ini tanpa aku. Kau rindu akan seseorang? Siapa dia, tahukah aku akan dia? Mengertikah aku akan lukisan senyumnya sampai kau teringat akan dia saat ini. Indahkah matanya sampai kau tertegun dalam ingatan untuk menggambar wajahnya untukku?
Sekarang kau jarang tertawa. Ada apa?
Raganya yang tidak sombong dan berperilaku, panas mataharipun tak sanggup menyentuhnya. Wajahnya tersiram oleh madu yang tak tampak, dan kemanisannya semerbak di udara yang kau nafaskan. Akupun merasa manisnya jiwa yang kau rindukan ini. Kemana dia saat ini?Kau tidak tahu? Tidak mengerti? Tidak berusaha tahu?Apakah dia sedang bermain di hutan yang tak nampak, hutan yang tidak ada di dunia ini. Mengejar angin dan awan yang tertidur di bawah hangat matahari. Memetik bunga di hutan seribu tahun dan mengajak kelinci meniup daun dan memanggil angin agar ia bertiup sesaat supaya mereka tak begitu panas. Apakah ia bermain di tepian sungai dan memasukkan tangannya ke dalam untuk menyapa ikan-ikan yang tertegun pula oleh kemolekan raganya. Ia bermain ke dalam hutan. Berlari di antara batang-batang pohon yang besar, yang mencuba menangkap aroma tubuhnya yang mengikuti lari raganya di antara pohon, daun, lumut, rumput, angin, haiwan-haiwan di bawah, di atas, yang kelihatan, yang tidak kelihatan di hutan rahasia itu. Hutan itu begitu sepi, hati-hati bermain di dalamnya. Kau bisa tersesat. Kau belum pernah ke situ. Dia bisa membuatmu tersesat. Dia begitu mengenal hutan itu. Dia sudah sering bermain di hutan itu. Lihat saja, ia berlari seperti angin, tanpa keraguan kemana ia akan melangkah, bahkan ia tak pernah jatuh. Kabut tak bisa menghentikan larinya untuk masuk ke dalam hutan, ke dalam, bagian yang sangat jauh dari tapak kakimu sekarang ragaku.Sebentar lagi gelap, dan suara seruling angin sudah tak kudengar. Dia harus pulang. Gadis itu harus pulang jika ia tidak ingin tersesat dan dipeluk oleh kegelapan yang mengerikan.


Disini...walau berat rasa hati ini untuk pengunduran ini....namun hati ini pasrah...andai ini "takdir dan waktu" yang harus aku jalani...namun masih menyimpan harapan untuk kita...dan aku percaya Allah itu tidak kejam terhadap ummatnya...jika niat kita baik...pasti Allah permudahkan tiap segala urusan....Fahamilah isi hati ini....dan tak akan kuulangi kesilapanku yang dulu....

"CINTA ADALAH KEABADIAN...DAN KENANGAN ADALAH HAL YANG TERINDAH YANG PERNAH DIALAMI..."

-Iman Abady-
Tanda kenang-kenangan cinta itu...
http://www.bulannbintang.blogspot.com

BIARLAH BULAN BICARA

Bulan sabit yang jatuh dipelantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemilang
Langkah tanpa arah sesat dijalan terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan


Airmata tulus jatuh disusut bibirmu
Tak terlintas dendam dibening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Airmata tulus jatuh disusut bibirmu
Tak terlintas dendam dibening mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini (Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi)

Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai disini


Bertakhta Dihati...

Dihempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut...
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta...
Lihat lihat kedalam mata ku
Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mata ku
Cinta mu bertakhta...
Sebelum ku kenal
Diri mu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta...
Setelah ku kenal
Diri mu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa...
Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan...
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis...
Lihat lihat kedalam mata ku

Sinarnya menyala
Lihat lihat
Ke dalam mata ku
Cinta mu bertahta dihati...
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya...
Takkan berubah perasaan ini terhadap mu
Biar digugat
Biar dicabar
Biar dihalang...

Sunday, July 10, 2005

Mawar..(Untuk Mu WanitaKu…)

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang orang yang memerlukan pertolongan, nescaya akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Jangan anda mengira dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Pernah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan masa lalu, dan sesunguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. insyaAllah.

Padamkan api kedengkian dan prasangka di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian pemakanan dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

Berbahagialah jika dalam hidupmu (walau hanya sekali…) jika ada insan yang menyayangimu dan menyintaimu dengan sepenuh hatinya…Diammu berfikir dan senyummu memberikan segala ketenangan….Apa yang berlalu biarlah berlalu…cita-cita adalah harapan yang belum pasti…tetapi usaha, doa dan tawakkal dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani dan teruji…

Saturday, July 09, 2005

Perjalanan

Aku menyelongkari
tabir siang
dalam sebuah kota
Aku mengembara
seakan rerama dan kelkatu
menampal niatku.

Pada koyaknya kalendar
karatnya paku
kedutnya wajahku
Nafasku seakan terputus
tanya tubuhku
tempat semadinya di mana?

Aku sering tenggelam
di sebalik tabir siang
seperti sebuah perlanggaran.
Lembayung senja ini
aku akan bertanya
di mana sujudnya.

Apakah malamnya
nafasku masih berdenyut.


Kasih sayang cinta keikhlasan perasaan semuanya dari tempat yang sama... Hati kita tak dapat melihat... Tetapi dapat merasa... Dan kini, apakah kau dapat merasa... setiap hembusan sang bayu aku mengirimkan khabar rindu seperti selalu bagai dulu... dan dengan pertanyaan... sebaris namaku ini apakah masih ada dihatimu...?

julai 8 2005

Friday, July 08, 2005

Kejituan

Tidak akan ada tegur sapa
kerana suara yang terkepung
ke mana hala.

Matamu akan cuma mengundang kaku
senyummu, memesrai kekerasan
dan kekasaran pejalnya tembok ini.

Kita yang berpamitan
akan terlonjak-lonjakkah
untuk saling memberi salam.

Sedang kini telah termetrai;
"isyaratnya berbunyi di kerongkongan"

Di tahun ini,
mereka pun menutup segala
pintu silaturrahim dengan
tembok-tembok dan kerikil waja.

Sebagai manusia yang dilahirkan kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi... Jangan bertanya kenapa... Tetapi teruskan hidup...

NILAI seseorang akan hanya disedari apabila kehadirannya tidak dinikmati lagi....

Ruang Waktu

Tiada ruang cemas yang kosong
tiada waktu erti menunggu
bangku sepi pengunjung sudah pergi
tanpa tamu tapi tidak sendiri
Mata fikir jua yang mengerti
Kau ada di mana-mana:
Di ranting didahan
dihujung rumput dipadang
dilembah dibukit
selamat datang berkampunglah dihati.


01 julai 05
selamat tinggal Kuala Lumpur, selamat tinggal Bangi, selamat tinggal kenangan,
antara kita tiada pertemuan walau jodoh kita telah tersurat...

Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan, angin itu menguatkan , salji itu menggembirakan; yang dikatakan cuaca buruk itu sebenarnya tiada, yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja. Daripada sesuatu yang buruk itu sentiasa lahir sesuatu yang baik.

Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus. Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali-sekala merenungkan waktu-waktu sukar, ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segala-galanya seperti menentang kita - kerana hanya waktu-waktu su kar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.

Perjuangan memaksa kita bergerak tatkala kita selainnya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya akan tercapai melalui perjuangan. Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperolehi tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperolehi, sudah tentu semua orang akan mendapatkannya.


Perjuangan hidup, penderitaan jiwa, dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki-hamun dan menyumpah seranah, tetapi di sebaliknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian daripada penyempurnaan seorang manusia.

Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, diperjuangi secara mendaki keatas, dan menang tanpa pergelutan adalah hampir seperti menang tanpa kebanggan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan; jika tiada apa-apa yang dipergelutkan, tiada apa-apa jua yang akan tercapai. Ke sukaran mungkin menggerunkan mereka yang lemah, tetapi memberi peransang menyegarkan kepada orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin, kebanyakannya, diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan, dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.


Dedikasi buat seseorang..Mata fikir jua yang mengerti, Kau ada dimana-mana: Di ranting didahan, dihujung rumput dipadang, dilembah dibukit.dibulan dan bintang..

Dipantai Itu

Laut, kau pendamkanlah
resah geloramu
aku ingin menjala bulan
yang terapung didadamu,
aku ingin memukat cahaya
yang berlalu bersama arus itu.

Angin, kau simpankanlah
gelisah derumu
aku ingin melayangkan mimpi
dilangit pantai
lalu terdampar dipulau impian.

Awan, kau saksikanlah
kesetiaan pantai menyambut ombak
biarpun datangnya membawa gelora..


Pemilihan

Usah dihairankan
jika bintang-bintang itu
hanya berkedipan diwaktu malam
ketika bulan sedang mengambang
dalam kesyahduan.

Dan jangan dihairankan
kalau ia menghilangkan diri
bersama terbitan mentari
yang hangat memancar
hampir membakar isi alam

Bulan dan Bintang..pertemuan membawa kenangan..


Keresahan

Dikegelapan malam
aku tercari-cari
di mana sinarnya
keresahan melanda
menenggelamkan emosi
sukar ku tafsirkan

Keresahan
apakah yang kau bawa
hadiah suka, hadiah duka
menunggu penuh debaran
menghitung tiap detik
dan waktu yang berlalu
keresahan melanda hati
menguasai diri
dan aku
masih terpaku disini..


Semuanya Seperti Baru Bermula..

Tidak akan kuletakkan resah ini
didupa pertemuan kita seperti mula
dengarlah detik jam hingga ke
subuh hari

Tanda peralihan waktu
tidak usah gentar untuk
menjamah embun dipagi ini

Semuanya baru bermula
untuk merasai teriknya
panas mentari.


Tetamu Senja
14021032005
090305
Detik jam 4 pagi.

Pohon Lara

Masih setiakah engkau burung
pada pohon yang lara
setelah daunnya gugur
ke bumi gersang,
di musim kemarau
yang tiada kesudahan?

Terbang pergilah kau burung
jika kau mau,
ke pohon rendang
yang mampu beri teduhan.
Atau terus berkelana
bersama pohon lara,
di atas ranting rapuh
dan dahan seliuh.

Kiranya engkau pilih
untuk patah dan rebah
bersama pohon lara,
maka jadilah engkau burung,
sahabat setia pohon lara
sampai bila-bila.

Bertukar hari adalah hidup baru. Setiap saat digunakan sebaik-baiknya, dini dan kini adalah kesempatan diri kita.

Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana.

Ada baiknya juga jika kita mengetahui kesusahannya bagi sesuatu perjalanan itu supaya memberi hala tuju kepada kita, tetapi yang penting pada kesudahannya adalah perjalanan itu sendiri.

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna.

Ingatlah, seekor ular tidak akan dapat terus membesar jikalau kulit lamanya tidak tanggal.

Bukan lampu lalu lintas hijau sahaja yang baik untuk kita. Kita juga memerlukan lampu lalu lintas merah, supaya kita boleh berhenti, melihat dan meneruskan perjalanan!

Jika anda menginginkan pelangi, anda kenalah bertahan dengan hujan.

Perempuan

Perempuan yang kuimpi
Adalah yang mempunyai budi pekerti
Hidupnya adalah hanya untuk Ilahi
Kata bicaranya datang dari nuraniIkhlas, benar dan suci
Yang boleh mendamaikan hati
Sewaktu ujian dan dugaan silih berganti
Namun dia masih mampu berdiri

Perempuan yang kuinginkan
Adalah yang hidupnya kesederhanaan
Namun dia punya keimanan
Bagi menghadapi sebarang cubaan
Berbekalkan tingginya ketaqwaan
Pengharapan dan kepasrahan pada Tuhan

Perempuan yang kuimpikan
Adalah yang dapat menunjukkan jalan
Sewaktu aku tersasar kesesatan
Yang dapat menghampirkan aku pada tuhan
Tatkala aku kejauhan
Dilambai ulit keduniaan

Perempuan yang kuharapkan
Padanya sifat kewanitaan
Bersama sikap keibuan
Yang boleh menyejukkan tatkala kepanasan
Sentiasa tunduk ketaatan
Sujud dan rukuk walau kesejukkan
Pada kegelapan malam yang kedinginan

Perempuan yang kudoakan
Nilai maruahnya tiada tandingan
Zikirnya bagai nyanyian
Doanya adalah hiburan
Bicaranya lambang keikhlasan
Senyumnya pengubat kedukaan
Dan air matanya tanda sebuah kecintaan
Bersalut kerinduan dan keredhaan Tuhan
Bagi aku orang yang mengharapkan.

" Ya Allah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib, yang b erkuasa atas segala ciptaanNya, panjangkanlah usiaku jika memang kehidupan ini baik bagiku dan cabutlah nyawaku jika memang kematian itu lebih baik bagiku. Ya Allah, berikanlah aku rasa takut terhadap Engkau, baik disaat tersembunyi atau tidak. Berikanlah kepadaku kalimat yang haq lagi adil, baik diriku sedang dikuasai marah mahupun kebahagian. Berikanlah kepadaku kejelasan maksudMu, baik dalam kefakiran mahupun kecukupan. Berikanlah kepadaku kenikmatan yang tidak pernah lenyap, kebahagian yang tidak pernah hilang, kerelaan dalam menerima ketentuanMu, kehidupan yang bahagia setelah mati, kenikmatan memandang wajahMu serta kerinduan untuk bertemu dengan Mu. Akan tetapi, bukan saat datangnya kesengsaraan yang menyengsarakan atau fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan keimanan dan jadikanlah kami penuntun bagi orang-orang yang mencari petunjuk."

Hanya sebuah puisi buat seseorang yang pernah bertakhta dihati ini.

Semuga Tuhan Berkata "Ya"

Kiranya pintu itu telah kau buka……
Setelah bertahun-tahun lamanya kau mengunci diri
Dipendam dingin dalam senyap hati yang penuh tanda tanya
Seorang diri, hidup dalam mimpi yang panjang

Ya Tuhan,
Betapa aku merasa senang……
Dikala ku dengar anak kunci berputar di dalam lubangnya
Dan perlahan………….pintu itu mulai kau buka
Kau perlihatkan paras rupamu yang cantik
Tersenyum dan tersenyum padaku

Mimpi panjangmu telah berakhir
Menjadi awal pada kisah yang nyata
Awal cerita dengan rasa yang satu
Berbuih cinta dalam cita yang satu

Terima kasih sayang……
Pintu hatimu telah kau buka
Kau beri aku ruang untuk berlabuh dan berteduh
Bersama kasih yang kan selalu ku sayang

Tak ada kata yang dapat ku tulis
Bahkan mulutku tidak lagi mampu bersuara
Aku terdiam dalam bahagia yang membalut
Terpasung hangat dalam pelukan kasihmu

Biarkan aku jadi milikmu…
Dan ku lukis “senyum” dalam lembar hidupmu
Hingga “tawa” menjadi kisah nyatamu
Maka hilanglah segala resah yang lampau……….


Dalam pelukanmu………ku pejamkan mataku

Ku tundukkan mukaku……….dan berbicara kepadaNya :
“Ya Tuhan, betapa aku sangat menyayanginya, dan izinkan aku, menepati janjiku”
(Semuga Tuhan Berkata Ya)


Terima Kasih Tuhan

YaAllah! Kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia di sisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah.... Namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redaMu, mekarkanlah selalu meskipun aku harus bertarung antara bahagia dan derita.

Surat untuk Bulan ; Langit Ketujuh (ii)

Kata-katamu hanya mimpi disiang hari
Kemarau panjang,
Berpanas jua, berteduh tidak
Mahligai indah ada di syurga langit ketujuh…


Fajar tiba membawa sinar baru buat insan yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu.

Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang… Senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya.

Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit… seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali… kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha…?

Hidup ini memang pelik. Tetapi yang pelik itulah kadang-kadang memaniskan dan mewarnakan kehidupan kita menjadi seperti pelangi. Dihiasi dengan pelbagai warna. Walaupun kadangkala ia berwarna cerah dan bertukar menjadi suram, ia tetap cantik. Dan ia tetap mencantikkan lagi perjalanan hidup kita.

PERPISAHAN akan lebih memuliakan hati insan. Bila berjauhan, waktu itulah kita mahu menilai erti dan makna atas setiap orang yang kita temui dan setiap perkara yang kita tempuhi. Dirimu bagi ku ialah suatu anugerah yang tidak dapat aku bandingkan dengan apa-apa pun yang ada dalam hidup ku. Namun, hidup kita bukan hanya untuk bercinta. Sekalipun kecewa, letakkan amanah dan tanggungjawab di hadapan mendahului segala-galanya. Demi kasih Allah. Dan kalaulah datang untuk kita suatu yang kita mahukan……. Itulah kehendak Allah. Sekalipun pahit, namun sebagai hambaNya mampukah kita menolak takdir yang datang? Begitu juga dengan sesuatu yang kita tidak suka, Kalau ia datang, ia juga merupakan suatu anugerah. Seikhlasnya, ada ketikanya diri ini begitu direnggut dengan kekesalan dengan perpisahan cinta kita ini. Kekilafan diriku yang tak akan kau maafkan? Namun takdirlah yang akan menentukan segalanya.

Kalaulah diri ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah….. namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri ini lemah daripada setitis embun… tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, malam yang tanpa kehadiran bulan dan bintang…. tiada kekuatan untuk menanti meskipun ada KESETIAAN di hati.

Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati ini… maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Cinta derita, bahagia dan kecewa ini sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkan insan seperti pelangi.

Malah aku percaya, tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai kesempitan. Kalau diri ini terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah diri ini menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Kita hanya kan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disinilah letaknya nilai kehidupan.

Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya. Melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abady meskipun sesuatu itu TERAMAT KITA SAYANGI. TERAMAT KITA KASIHI. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Redhalah hati sepenuhnya.
Redha kah aku menghadapi perpisahan ini? Redhakah aku menghadapi detik-detik kehilangan insan yang aku kasihi dan cintai?

Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNYa. Luka di hati memang
Tidak terucap. Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang, tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah aku yang merasainya. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan ini, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik.

Dan sememangnya sudah lumrah alam, yang melukakan jauh lebih menderita daripada yang dilukai, kerana yang dilukai akan dirawat oleh Tuhan manakala yang melukai akan terus merasakan beban siksa perpisahan. PERTEMUAN itukah yang aku impikan? Pertemuan itukah yang aku idamkan? Sesungguhnya… setiap pertemuan itu membibitkan kuntuman kemesraan, membuahkan sejuta kenangan dan meluruhkan serpihan-serpihan kedukaan.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, walau cinta adakalanya membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam. Dimana ada cinta disitu ada kehidupan; manakala kebencian membawa kemusnahan. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan.

Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi. Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap. Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat cinta mekar dihati kita. Bisakah biarkan ianya hanya berlalu, lepaskan saja? Yang tersisa kini, diri ini masih berdiri kukuh bertemankan kenangan cinta semalam. Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni…. pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abady.

“Ampunkan aku ya Allah, ya Hannan, ya Mannan! Berikanlah aku kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini. Apalah ertinya aku hidup untuk mengasihi makhlukMu melebihi daripada aku mencintaiMu. Peliharalah diriku daripada terjerumus ke lembah itu, lembah yang menjauhkan kita, yang menjarakkan diriku daripada diriMu. Kerana bukan senang untuk memupuk cinta kepadaMu. Bukan mudah untuk meletakkan cintaMu dihatiku yang lemah lagi tak berdaya ini. Maka sekali ketakutan ini datang, lindungilah aku ya Allah. Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini….”

Sesuatu yang dapat kita pelajari daripada sebuah percintaan yang berlandaskan sekeping hati suci ini ialah, cuba memurnikan hati dengan menerima kesilapan orang lain sebagai pengajaran dimasa akan datang… bukan sebagai hukuman.

CINTA yang hanya wujud tetapi tidak mungkin bersatu jasad. Cinta lama yang kembali bergema dihati ini. Gembirakah hati ini bila mengenang sesuatu yang telah pergi dari hati ini!...

KERANA cinta itu bukanlah sesuatu yang kita pinta. Semuanya lahir dengan kehendakNya Yang Maha Esa. Kehendak yang hanya datang dan pergi dengan izin daripadaNya.

My Sayang,
Jagalah diri baik-baik. Hanya yang dapat aku katakan, ….”kalau setiap saat diri mu ingatkan Allah dan setiap saat itu juga diri ini teringatkan Allah… bermakna waktu itu kita telah menjadi satu kerana mencintaiNya Yang Satu. Di situlah selayaknya hati kita bertemu!”


Lelaki luka

Kau tersenyumlah atas pelaminmu
Biar aku belajar menonton drama mu
Dengan perasaan baru.

Kau ketawalah – usah duka memikirkan
Perasaanku. Aku telah belajar
Untuk tidak
Berdendam…..

Kau bahagialah
Aku pun tidak mahu duka
Sesungguhnya.


June 25 2005,
Detik jam ke 3 pg.(lenakah tidurmu setelah aku kau tinggalkan tanpa secebis kata, membiarkan diri tercari-cari harga diri, harga sekeping hati…atas kesalahan apakah hukuman ini?)

Thursday, July 07, 2005

KENAPA bulan dan matahari tak dapat bertemu...Sedangkan BULAN dan BINTANG sahabat sejati???

Tentang Bintang Yang Tak Ingin Lagi Menemani Bulan
"Cahaya bulan tidak pernah meramal, itu janji yang dipegangnya. Ia juga tidak pernah mengingatkan atau memberi awas-awas. Ia hanya menerima sinar matahari yang kemudian dipantulkannya ke bumi: kilau-kemilau"
-Nur Rohayati Nengsih-


Tahukah kamu jika pada malam hari bintang-bintang dan bulan,juga planet-planet, mega, angin, dan ketiadaan ruang angkasa saling bercakap-cakap? Ya, mereka bercengkerama, bercanda,bertengkar, atau hanya diam. Kerana itu kadang-kadang dimalam yang cerah aku akan naik ke atas atap rumahku dan mendengarkan percakapan mereka, walau pada pagi harinya bapaku akan marah-marah padaku kerana atap rumah kami jadi bocor ketika hujan turun. Kadang-kadang aku malah ikut berc akap-cakap dengan mereka.

Suatu hari pernah ku dengar sebuah bintang berbicara pada bulan "Aku tidak ingin lagi menemanimu mulai malam ini dan seterusnya" katanya. "Kenapa?" tanya bulan "Padahal aku menyukaimu, aku menyukai malam-malam dimana kau ada dan menemani ku hingga fajar menjelang" tetapi bintang itu hanya diam meredup dan bersembunyi di balik mega. Justeru kerana bulan menyukainya maka bintang itu menghilang. Aku mengetahui hal itu kerana sebuah bintang lain yang adalah teman karibnya mengatakannya padaku.

Cinta memang aneh, bukankah ia seharusnya mempersatukan?Bintang itu mencintai bulan. Tetapi bulan tidak mencintainya, ia hanya `menyukainya'. Siapa pula yang membeza-beza kan cinta dengan suka? Kenapa bulan tidak membencinya saja, malah bulan menyukainya sehingga bintang tidak mempunyai alasan untuk tidak menemaninya malam nanti. Bintang yang sinarnya paling terang adalah bintang yang berwarna biru, aku mengetahui hal ini dari guru ku yang kal au mengajar selalu membawa anaknya yang masih kecil sekaligus baby sitter-nya.

Sebuah iklan tong gas yang sering kulihat di television juga selalu membangga-banggakan produknya yang memiliki api biru, bukankah bintang juga seperti api yang panas dan memberikan sinar?
Bintang yang sedang kuceritakan hanyalah sebuah bintang kecil yang berwarna merah. Kerana itu ia tidak pernah dapat mengumpulkan keberanian untuk berkata pada bulan "Aku mencintaimu!". Bulan sendiri tidak pernah menganggap bintang sebagai lebih dari sahabat yang selalu menemaninya setia pmalam, dan sesungguhnya bintang mengetahuinya.

"Aku mencintai matahari" kata bulan "Ia dapat membuatku bersinar indah diwaktu malam. Ia membuatku selalu ditunggu oleh para pencinta malam. Ia membuatku selalu dinanti oleh para pujangga yang yang menulis berbait-bait puisi tentang cinta hanya dengan melihat diriku di langit malam. Anak-anak kecil menunggu kehadiranku agar dapat bermain-main dilapangan di tengah kampung (tentu saja hanya anak kampung yang menunggunya, anak-anak kota terlalu s ibuk bermain playstation atau chating di mirc sehingga tidak sempat lagi melihatl angit di malam hari)".

Bintang tak pernah habis berfikir kenapa bulan mencintai matahari, bulan bahkan hampir tak pernah bertemu denganmatahari dan ketika mereka bertemupun bulan akan kehilangan sinarnya. Kita menyebutnya gerhana matahari, saat itu kita tidak diperbolehkan melihat langsung ke langit, katanya dapat merosak mata kita. Matahari tidak pernah memikirkan bulan, ia hanya bersinar dan memberikan sinarnya tanpa membeza-bezakan. Ia bahkan tidak mengetahui kalau sin arnya dimanfaatkan oleh bulan untuk bersinar dimalam hari. Ia hanya menganggap bulan sebagai benda yang kadang-kadang menghalanginya memberi sinar kepada bumi. Mungkin matahari mencintai bumi, aku tidak tahu kerana aku tidak pernah bercakap-cakap dengan matahari dan bumi tidak pernah bercerita tentang ini, sejujurnya aku tidak terlalu peduli.

Bintang merasa tidak mendapatkan keadilan. Kenapa bulan mencintai matahari yang bahkan tidak pernah memikirkan bulan, dan bukan mencintai bintang yang mencintai bulan dengan sepenuh hatinya? Bintang juga merasa tak berdaya kerana walaupun ia ingin memberikan seluruh sinarnya kepada bulan agar selalu kilau kemilau, bintang tak dapat melakukannya kerana jaraknya yang sangat jauh.
Matahari juga adalah bintang, bintang merah yang sama seperti dirinya, kerana letak nyalah matahari dapat terlihat lebih terang daripada bintang. Tapi bintang adalah bukan matahari, kerana itu bulan tidak mencintai bintang.

Cinta memang aneh. Kerana itu sekali lagi bintang berkata, kali ini kepada semua teman-temannya "Aku tidak ingin lagi menemani bulan mulai malam ini" kemudian ia menghilang (tak hanya meredup danbersembunyi di balik mega) dan tak pernah lagi menemani bulan. Aku akan memberitahu sebuah rahsia sekarang, BINTANG ITU ADALAH AKU. Ia turun ke bumi sebagai bintang jatuh dan mengabulkan permintaan seorang anak kecil yang menginginkan sebuah basikal merah di hari ulang tahunnya, juga permintaan sepasang kekasih agar mereka berdua dapat hidup berbahagia hingga akhir hayatnya. Ia kemudian jatuh kerumahku dan menyusup ke dalam rahim ibuku dan menjadi aku.

Dan betapa pun aku tak ingin lagi menemani bulan, kadang-kadang aku akan sangat merindukannya. Saat itu aku akan naik ke atas atap rumahku walaupun pada pagi harinya bapaku akan marah-marah kerana ada atapnya yang bocor. Dan aku akan menatap bulan dan mendengarkan percakapan semesta, sambil berharap suatu hari nanti bulan akan dapat mencintai bintang. Jika hari itu tiba aku akan terbang ke langit dan kembali menjadi bintang yang akan selalu menemani bulan.

Nilai Cinta Mu

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan
Sunyinya dihati
Baru kini ku tahu
Nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat surat mu
Namun pedihnya ku terasa
Tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun
Begitu jua

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...


Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini.... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenaku. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya.... satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu.....

May mu dalam kenangan
julai 7 2005.

Lelaki beristeri

Aku ikut adat lama
Bila perkahwinan ertinya saksama
Dan kini zaman baru
Bila perkahwinan jadi keliru.

Dan, seperti lelaki-lelaki zamanku
Perkahwinan menjadi hal ragu-ragu
Kenapa aku mahu kawin
Dan tidak adakah jalan-jalan lain
Kemungkinan-kemungkinan
Yang tidak memerlukan
Tanggungjawab, harapan atau kepercayaan.

Tapi apakah hidup tanpa percaya
Yang mendahului cinta dan setia?
Adakah wajar diikuti jalan itu
Tanpa harapan
Yang membendung kerisauan?

Lelaki yang ada isteri
Belajar menguasai dunia
Dalam lindungan rumahnya,
Dalam teduhan harapannya,
Dalam api kepercayaannya,
Untuk memenuhi cintanya.

Sudah kahwin?
Kenapa aku dah kahwin?
Terperangkap dalam lautan
Menolong isteri menukar kain-kain tiduran
Dan mengubah sikap menolong isteri
Menyapu rumah, membersih tingkap
Mengemas bilik, menukar lampiran anak
Mengisi botol-botol garam dan kicap?

Mengapa aku beristeri?
Sebab demi masa yang berubah-rubah
Di sebalik angin dan awan rendah
Belum ku nampak sebarang tanda
Bahawa selain dari perkahwinan
Bagi sekalian manusia
Tidak ada jaminan bahagia.

Wednesday, July 06, 2005

Surat untuk Bulan; Langit Ketujuh (iii)

Sebagai manusia kita selalu harapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan dan percintaan…. Tapi tiba masanya bila datang dugaan daripada Allah, manusia akan tinggalkan kita. Hanya yang ada….. harapan kita kepada Allah’

MUSIM mula berubah menjadi kering, kemboja pun tiada lagi berbunga dengan lebat seperti selalu. Sekali lagi aku mengerti, kemboja sebenarnya hanya bunga yang layak untuk menjadi sahabat pada batu nisan. Bukan seperti resmi bunga-bunga lain yang layak menghiasi meja dan menyerikan majlis. Kemboja ialah bunga sepi yang tersendiri di dalam wujudnya. Menemani pusara dan mengiringi tetamu yang datang meluruskan zikir. Teman kepada jasad yang telah kaku dan semakin mereput, sebagai ingatan kepada yang datang bahawa….. suatu hari nanti semua manusia akan kembali ke situ. Segala jasad yang hodoh yang cantik akan bersemadi dan reput di bawah tanah yang sama. Tiada beza. Hanya amalan…

Bila kemboja tiada lagi berbunga… seperti kemboja sama juga manusia apabila telah tiba masanya. Itulah gambaran pada kehidupan sesama manusia. Kerana hidup ini bukan seperti sebuah perjalanan yang tertulis di dalam sebuah novel. Hidup ini tidak akan berakhir seperti mana yang kita mahukan. Yang kita rancangkan. Hidup akan berakhir dengan tulisan takdir. Bahagia sesudah derita. Derita selepas bahagia…. Semua itu bisa sahaja menjadi milik kita. Tiada siapa tahu apa akan terjadi pada esok hari.

Ya Allah! Bila aku lihat insan berbahagia disisi cinta, bersama kekasih mereka…. aku juga ingin bahagia. Tapi aku amat pasti lagi yakin bahawa tiada Kekasih yang lebih membahagiakan selain daripadaMu…. malah aku teramat pasti bahawa tiada kebahagiaan bagiku di sisi manusia…. melainkan dengan rahmat dan reda kasihMu ya Tuhanku….

Lalu aku menantiMu di setiap terbit fajar kehidupanku sehingga menjelang senja. Mahu mencari dan mengharap agar Engkau kurniakan cintaku kepadaMu. Aku menunggu ya Tuhanku. Meskipun berulang kali….. namun sesungguhnya aku memang tidak berdaya membuang Engkau dari hatiku….. sesungguhnya aku tidak berjaya bahagia tanpaMu. Aku takkan mampu untuk melakukan segala-galanya tanpaMu.

Lalu, dalam nafas yang semakin perlahan, dalam arah yang semakin kabur, dari langkah yang semakin jauh, aku memohon lagi ke hadratMu…. berilah aku hati yang baru kiranya hatiku yang Engkau kurniakan semalam telah musnah berkecai-kecai kerana mengharapkan cinta manusia, telah hancur bersama kenangan yang mencarik perasaan semalam…. kerana aku mahu pulang. Aku mahu kembali untuk bertemu denganMu, dengan cinta yang utuh, dalam rindu yang tertangguh, dalam pertemuan yang ,mulia untuk meraih kasihMu….!

Ya Allah, aku terlalu mencintainya. Aku takut sekiranya memiliki sesuatu yang aku cintai di antara apa yang ada di dunia ini, akan menjadi hijab antara kita. Antara kasihku kepadaMu. Aku takut untuk hidup bergembira dan berbahagia di sisinya lebih daripada kegembiraan dan kebahagiaan yang aku rasa bila bersamaMu. Aku tak mahu terlalu merinduinya hingga aku tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan denganMu aku tidak pula begitu. Aku tidak mahu nanti aku bergantung kasih kepadanya melebihi hatiku bergantung kasih dan harap kepadaMu. Tidak pernah aku rasakan hatiku begitu hebat bergoncang seperti mana aku merasakan kepadanya. Apalah ertinya semua yang ada kepadaku ini kiranya ia melebihi daripada apa yang aku rasakan kepadaMu. Bukankah itu menunjukkan aku ini jauh daripada rahmatMu?

Kiranya kematian semakin hampir. Dan waktu terasa seperti cepat berlalu…. Membuatkan lupa. Membuatkan diri ini lupa untuk bercinta… lupa untuk menerima mana-mana cinta. Meskipun baru sahaja berlalu namun serasakan telah berkurun KEHILANGAN. Tidak menyimpan tekad untuk terus mengingati, bersedia jika sudah tiba masanya diri ini perlu melupakan segalanya. Tetapi kenangan itu tidak pernah mahu pergi dari hati ini. Dan sebagai hambaNya, diri ini tidak mahu membantah. Tidak mahu manyalahkan kenangan itu. Biarlah… hati ini pasrah…redha dengan ketentuanNya…. tidak mahu merungkai asrarNya atas setiap penderitaan ini, atas PEMERGIAN sesuatu yang bermakna dan paling dikehendaki di dalam hidup ku ini. Mungkin ada yang tersembunyi di sebalik semua itu….

Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Tangis dan ketawa itu silih berganti. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul dibahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini.

Kini aku sedar…. Cinta dan ketaatan yang sepenuhnya hanya kepada Allah. Akur betapa kerdilnya diri ini untuk berkata-kata. Tetapi itulah hakikat. Manusia akan menderita selagi meletakkan sepenuh cinta dan pengharapan kepada sesama manusia. Kerana manusia lain seperti kita juga, penuh kelemahan dan penuh keinginan untuk dipenuhi. Kita selalu mempunyai keinginan yang kita rasa mahu dipenuhi.

Hidup ini penuh dengan kecewa. Bukan diri ini sahaja malah orang lain juga. Cuma pada orang lain kita tak berupaya melihatnya. Pada diri kita, kita dapat merasakannya. Kecuali kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia yang menguasai seluruh isi dunia ini. Dia juga yang menguasai seluruh hati dan jasad manusia. Kasih sayang orang di sekeliling terhadap kita juga sebenarnya ialah pemberian Allah….. semuanya milik Dia. Jadi kalau kita serahkan sepenuh hati dan kehidupan kita kepadaNya, kita takkan risau…… pun kita takkan putus asa meskipun kadangkala kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan.

Merebahkan diri diatas tilam….merenung jauh dinding batu yang kaku….melepaskan sesak yang bermukim…. Sepantas kilat wajah itu menjelma lagi… wajah itu muncul kembali… tanpa senyuman, tanpa renungan mata. Tetapi wajah itu tetap membuatkan hati ini sarat dengan kasih dan rindu. Sekadar menahan dan menerima kiranya itulah yang Allah tiupkan ke dalam hati ini untuk merasai. Dan malam itu lenaku seperti malam-malam kelmarin, semalam dan malam ini…. Tidur dengan ingatan kepadaNya tetapi penuh rindu dengan hambaNya yang bernama….tanpa suara.

Apakah putikkan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah
kepadaNya Yang Maha Esa

Mestikah ada satu pengorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan aku merelakan

Kita hanya insan yang selalu
Mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kiranya tiba dugaan yang mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku disakiti sebegini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang


Kadang-kadang aku keletihan di perjalanan ini…. Namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan… Layukah bunga di telapak tangan kiranya mentari bersinar di luar jendela….

‘Selamat Tinggal Kuala Lumpur... suratan jodoh tanpa pertemuan’
tinta sepi
dalam lenamu detik ke 3 pagi
01 julai 2005


Dengan cinta dan airmata kubangunkan kembali blog kita ini sebagai tanda kenang-kenangan cinta kita. Walau tidak sehebat dan secantik yang pernah kau buatkan namun, seperti yang kata-katamu, ‘hidup ini susah jika terlalu bergantung harap pada orang lain…. Bila tiba-tiba kita tak diperlukan terpaksa juga mengharap diri sendiri… dan itulah yang aku lakukan… Cuba berharap pada diri sendiri…-dy
http://www.suratuntukbulan.blogspot.com

Duhai Bulan.... Malam ini aku kesepian lagi.... Hati ini terus sayu pabila mengingatimu... Apakah kau yang jauh disana juga sama kesepian seperti aku...? Ah! tentu tidak bukan...? Kerna kau diatas sana sentiasa dikelilingi oleh bintang-bintang yang berkerlipan...... Sepinya kamu disana manakan sama sepinya aku disini.....

Seandainya kelmarin luka menghiasi perjalananmu, parutan luka merobek perasaanmu dan mimpi ngeri mengiringi tidurmu, kau mestilah tabah dan menerima semua itu sebagai satu dugaan kerana ketabahan adalah lebih berharga daripada setitik airmata ketika kau dibaluti kegagalan dan kemusnahan harapan.

Hari-hari semalam yang berlalu dan yang akan datang aku bagai selalu; membilang hari semalam, menghitung hari esok, bersama langkah lesu menjejak dedaun usia yang kian gugur. Apapun yang berlaku semoga aku diberikan ketabahan untuk menghadapinya. Semuanya telah ditakdirkan oleh yang maha kuasa. Apa yang dapat kita lakukan selain berserah kepadaNya dan menerima pukulan nasib dengan rasa syukur. Apakah esok masih ada untukku...? dan apakah esok masih ada lembayung senja yang memayungi bayang-bayang ini....? Malah aku percaya, satu saat satu ketika bahagia milik diri ini?

Benarlah kata orang hidup tak seindah impian, impian seringnya bagai bunga ditaman. Tapi sayang.... impian kian kering disejat mentari duka yang berpanjangan dan dalam keterharuan yang tak pernah diinginkan ini, hati sering berbicara sendiri. Derita pun ku gamit agar bertamu di teratak jiwa. Semahunya hati ini ingin terus merangkai mutiara mesra kerana itulah yang menempah bahagia, namun pedihnya menanggung siksa ini siapalah yang paling mengerti?

Kini akukah pencari kasih dari negeri gersang padang tandus di bakar mentari gering seribu musim. Kini tersesat dalam perjalanan dan lelah dalam pencarian. Berikan seteguk madumu yang dalamnya ada setitis kasih agar sirna perit dahagaku melepaskan sesak yang bermukim dalam seribu kepayahan.

Sekalipun persinggahan itu sekejap cuma subur keindahan, bagai sebuah mimpi dan mimpi itu sekuntum bunga yang akan layu bila tiba masanya. Akan kita tolak kemungkinan sejumlah cerita ria dalam menggapai satu persoalan pada kesamaran bermain dimata. Kuing-kuing sepi gugur jua pabila angin-angin sangka memusnah tanggungjawab diri yang selamanya setia untuk mencari suatu penyelesaian pada satu kepayahan. Kini apakah kekalahan akan diharungi bila kamar keyakinan pudar dan kunci harapan hilang sendirian bila angin sangka begitu kuat mengetuk-. ngetuk pintu hati. Sedang hati masih berkata-kata apakah masih ada sejumlah cerita ria untuk ku himpun menjadi tugu biar gah dikalbu....

Suatu ikatan yang kita taburi dengan benih-benih impian yang kita pagari dengan tunggak kebenaran agar tidak dilangkahi tembok kebatilan....... pun begitu adakalanya kekalahan itu milik kita, kecundang itu hakmu, milik kita dan semuanya seisi alam.

Dan... Seandainya kelmarin luka menghiasi perjalananmu, parutan luka merobek perasaanmu dan mimpi ngeri mengiringi tidurmu, jangan biarkan bait-bait kenangan mencarik sebuah ketenangan, mengoyak puncak impian, mengheret selaut kesetiaan...




Mungkin hanya Tuhan
Yang tau sgalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat saat ini

Kau takkan percaya
Kau slalu di hati
Haruskah kumenangis
Tuk menyatakan yang sesungguhnya

Kau lah segalanya untukku
Kau lah curahan hati ini
Tak mungkin kumelupakanmu
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang