Langit Ke Tujuh
Tapi aku katakan : âTersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.â
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.
Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?
Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...
Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
AKU ADA KERANA KAU PUN ADA
cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
Wednesday, July 06, 2005
Sebagai manusia kita selalu harapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan dan percintaan…. Tapi tiba masanya bila datang dugaan daripada Allah, manusia akan tinggalkan kita. Hanya yang ada….. harapan kita kepada Allah’
MUSIM mula berubah menjadi kering, kemboja pun tiada lagi berbunga dengan lebat seperti selalu. Sekali lagi aku mengerti, kemboja sebenarnya hanya bunga yang layak untuk menjadi sahabat pada batu nisan. Bukan seperti resmi bunga-bunga lain yang layak menghiasi meja dan menyerikan majlis. Kemboja ialah bunga sepi yang tersendiri di dalam wujudnya. Menemani pusara dan mengiringi tetamu yang datang meluruskan zikir. Teman kepada jasad yang telah kaku dan semakin mereput, sebagai ingatan kepada yang datang bahawa….. suatu hari nanti semua manusia akan kembali ke situ. Segala jasad yang hodoh yang cantik akan bersemadi dan reput di bawah tanah yang sama. Tiada beza. Hanya amalan…
Bila kemboja tiada lagi berbunga… seperti kemboja sama juga manusia apabila telah tiba masanya. Itulah gambaran pada kehidupan sesama manusia. Kerana hidup ini bukan seperti sebuah perjalanan yang tertulis di dalam sebuah novel. Hidup ini tidak akan berakhir seperti mana yang kita mahukan. Yang kita rancangkan. Hidup akan berakhir dengan tulisan takdir. Bahagia sesudah derita. Derita selepas bahagia…. Semua itu bisa sahaja menjadi milik kita. Tiada siapa tahu apa akan terjadi pada esok hari.
Ya Allah! Bila aku lihat insan berbahagia disisi cinta, bersama kekasih mereka…. aku juga ingin bahagia. Tapi aku amat pasti lagi yakin bahawa tiada Kekasih yang lebih membahagiakan selain daripadaMu…. malah aku teramat pasti bahawa tiada kebahagiaan bagiku di sisi manusia…. melainkan dengan rahmat dan reda kasihMu ya Tuhanku….
Lalu aku menantiMu di setiap terbit fajar kehidupanku sehingga menjelang senja. Mahu mencari dan mengharap agar Engkau kurniakan cintaku kepadaMu. Aku menunggu ya Tuhanku. Meskipun berulang kali….. namun sesungguhnya aku memang tidak berdaya membuang Engkau dari hatiku….. sesungguhnya aku tidak berjaya bahagia tanpaMu. Aku takkan mampu untuk melakukan segala-galanya tanpaMu.
Lalu, dalam nafas yang semakin perlahan, dalam arah yang semakin kabur, dari langkah yang semakin jauh, aku memohon lagi ke hadratMu…. berilah aku hati yang baru kiranya hatiku yang Engkau kurniakan semalam telah musnah berkecai-kecai kerana mengharapkan cinta manusia, telah hancur bersama kenangan yang mencarik perasaan semalam…. kerana aku mahu pulang. Aku mahu kembali untuk bertemu denganMu, dengan cinta yang utuh, dalam rindu yang tertangguh, dalam pertemuan yang ,mulia untuk meraih kasihMu….!
Ya Allah, aku terlalu mencintainya. Aku takut sekiranya memiliki sesuatu yang aku cintai di antara apa yang ada di dunia ini, akan menjadi hijab antara kita. Antara kasihku kepadaMu. Aku takut untuk hidup bergembira dan berbahagia di sisinya lebih daripada kegembiraan dan kebahagiaan yang aku rasa bila bersamaMu. Aku tak mahu terlalu merinduinya hingga aku tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan denganMu aku tidak pula begitu. Aku tidak mahu nanti aku bergantung kasih kepadanya melebihi hatiku bergantung kasih dan harap kepadaMu. Tidak pernah aku rasakan hatiku begitu hebat bergoncang seperti mana aku merasakan kepadanya. Apalah ertinya semua yang ada kepadaku ini kiranya ia melebihi daripada apa yang aku rasakan kepadaMu. Bukankah itu menunjukkan aku ini jauh daripada rahmatMu?
Kiranya kematian semakin hampir. Dan waktu terasa seperti cepat berlalu…. Membuatkan lupa. Membuatkan diri ini lupa untuk bercinta… lupa untuk menerima mana-mana cinta. Meskipun baru sahaja berlalu namun serasakan telah berkurun KEHILANGAN. Tidak menyimpan tekad untuk terus mengingati, bersedia jika sudah tiba masanya diri ini perlu melupakan segalanya. Tetapi kenangan itu tidak pernah mahu pergi dari hati ini. Dan sebagai hambaNya, diri ini tidak mahu membantah. Tidak mahu manyalahkan kenangan itu. Biarlah… hati ini pasrah…redha dengan ketentuanNya…. tidak mahu merungkai asrarNya atas setiap penderitaan ini, atas PEMERGIAN sesuatu yang bermakna dan paling dikehendaki di dalam hidup ku ini. Mungkin ada yang tersembunyi di sebalik semua itu….
Ya Rabb, demi kelembutan cintaMu, aku mohon untuk sujud hanya di bawah limpahan Rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira. Tangis dan ketawa itu silih berganti. Ya Allah, meskipun kerap kali aku rasakan akan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala diri ini kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk ku kembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul dibahuku. Maafkanlah kealpaan dan kelalaian diri ini.
Kini aku sedar…. Cinta dan ketaatan yang sepenuhnya hanya kepada Allah. Akur betapa kerdilnya diri ini untuk berkata-kata. Tetapi itulah hakikat. Manusia akan menderita selagi meletakkan sepenuh cinta dan pengharapan kepada sesama manusia. Kerana manusia lain seperti kita juga, penuh kelemahan dan penuh keinginan untuk dipenuhi. Kita selalu mempunyai keinginan yang kita rasa mahu dipenuhi.
Hidup ini penuh dengan kecewa. Bukan diri ini sahaja malah orang lain juga. Cuma pada orang lain kita tak berupaya melihatnya. Pada diri kita, kita dapat merasakannya. Kecuali kita berserah sepenuhnya kepada Allah. Dia yang menguasai seluruh isi dunia ini. Dia juga yang menguasai seluruh hati dan jasad manusia. Kasih sayang orang di sekeliling terhadap kita juga sebenarnya ialah pemberian Allah….. semuanya milik Dia. Jadi kalau kita serahkan sepenuh hati dan kehidupan kita kepadaNya, kita takkan risau…… pun kita takkan putus asa meskipun kadangkala kita terpaksa berdepan dengan kekecewaan.
Merebahkan diri diatas tilam….merenung jauh dinding batu yang kaku….melepaskan sesak yang bermukim…. Sepantas kilat wajah itu menjelma lagi… wajah itu muncul kembali… tanpa senyuman, tanpa renungan mata. Tetapi wajah itu tetap membuatkan hati ini sarat dengan kasih dan rindu. Sekadar menahan dan menerima kiranya itulah yang Allah tiupkan ke dalam hati ini untuk merasai. Dan malam itu lenaku seperti malam-malam kelmarin, semalam dan malam ini…. Tidur dengan ingatan kepadaNya tetapi penuh rindu dengan hambaNya yang bernama….tanpa suara.
Apakah putikkan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah
kepadaNya Yang Maha Esa
Mestikah ada satu pengorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan aku merelakan
Kita hanya insan yang selalu
Mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kiranya tiba dugaan yang mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku disakiti sebegini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang
Kadang-kadang aku keletihan di perjalanan ini…. Namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan… Layukah bunga di telapak tangan kiranya mentari bersinar di luar jendela….
‘Selamat Tinggal Kuala Lumpur... suratan jodoh tanpa pertemuan’
tinta sepi
dalam lenamu detik ke 3 pagi
01 julai 2005
Dengan cinta dan airmata kubangunkan kembali blog kita ini sebagai tanda kenang-kenangan cinta kita. Walau tidak sehebat dan secantik yang pernah kau buatkan namun, seperti yang kata-katamu, ‘hidup ini susah jika terlalu bergantung harap pada orang lain…. Bila tiba-tiba kita tak diperlukan terpaksa juga mengharap diri sendiri… dan itulah yang aku lakukan… Cuba berharap pada diri sendiri…-dy
http://www.suratuntukbulan.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment
<< Home