Langit Ke Tujuh
Tapi aku katakan : âTersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.â
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.
Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?
Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...
Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
AKU ADA KERANA KAU PUN ADA
cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
Thursday, December 21, 2006
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...
HUJAN turun dengan lebat. Kubiarkan mataku melihat seolah-olah aku sedang mengira titik-titik hujan itu. Hatiku rasa tenteram dengan kedinginan ini. Kesibukan, keriuhan dan kekalutan bertukar menjadi damai. Dan tiba-tiba setelah lama kubiarkan rasa itu pergi…dalam hujan begini ia datang kembali. Rindu!
Ya Allah…! Engkau lindungilah dia.
Aku sengaja membuka pintu luas-luas. Mahu menatap hujan yang turun sepuas-puasnya. Dua tiga hari ini aku lansung tidak menulis. Pagi pergi kerja…balik aku lebih senang melamun begini. Entahlah….terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan.
Sebenarnya aku ingin juga meluahkan harapanku terhadap hidupku sendiri. Aku mencari kebebasan untuk diriku sendiri dan melakukan apa yang aku mahu untuk diriku..Bukan ingin mengenepikan orang yang berada di sekelilingku, aku berterima kasih kepada mereka dan teramat bersyukur kepada Allah yang meniupkan kasih sayang mereka terhadapku.
Tetapi aku juga mempunyai jiwa yang harus kupenuhi mengikut keinginanku. Kerana jalan ini, aku yang harus memilihnya kerana aku juga yang akan disoal nanti terhadap apa yang aku pilihkan itu. Tidakkah ada sesiapa yang memahami keinginanku ini? Oh…hanya Dia!
Kesilapan sama ada datang daripada diri kita atau orang lain bukan untuk disedihkan dan ditangisi. Tetapi untuk diperbaiki. Bukannya diri ini sahaja malah ramai lagi dan ada yang mengalami masalah yang lebih berat. Bukankah hidup ini akan lebih indah jika kita meletakkan perasaan reda atas setiap kesakitan dan kesedihan yang kita tanggung? Biar segala keperitan ini aku terbangkan sahaja dan kesedihan ini kuhumbankan ke laut biar berkubur di dasarnya….
Apakah pengorbanan ini dihargai? Atau selamanya bakal dilupakan?Atau kalau diingati hanya sekadar di persendakan? Alangkah sakitnya berkorban jika begitu nantinya. Bagaimana bisa aku menilai hati sebenarnya seorang insan yang akan menerima pengorbananku?
Merisik dan cuba menghidu hati seorang seperti menilai sebiji telur yang sukar di tentukan isinya. Telaga kasih itu bagai sebiji durian yang ditemui dalam perjalanan; sukar dicekah begitu saja. Sukarnya menilai isi durian dan sukarnya membahagiakannya. Begitulah kasih sayang!
11.12.2006
0 Comments:
Post a Comment
<< Home