Langit Ke Tujuh
Tapi aku katakan : âTersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.â
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.
Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?
Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...
Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
AKU ADA KERANA KAU PUN ADA
cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
Thursday, June 15, 2006
Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah
aur yang teranggun di sisi bukit
Kalau bukan pokok, aur saja pun jadilah
Jika kau tak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput
Dan hiasilah jalan di mana-mana
Jika kau tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya
Bukan semua boleh menjadi nakhoda, lainnya harus
mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua. Kerana
Ada tugas yang berat, ada tugas yang ringan
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan
Jika kau tak dapat menjadi bulan, jadilan bintang
Jika kau tak dapat menjadi semut, jadilah unggas dirimba
yang selalu bernyanyi riang dan menghiburkan
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun
menang
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik.
Falsafah Hidup
Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan.
Dan semua hasrat - keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan. Dan
pengetahuan adalah lupa jika tidak diikuti pelajaran. Dan setiap pelajaran akan
sia-sia jika tidak disertai cinta.
Kegagalan
Kebanyakan orang melakukan kesilapan biasa...... dengan menganggap kegagalan
sebagai musuh kejayaan..... Anda mesti membuatkan kegagalan itu mendatangkan hasil untuk anda.... teruslah maju ke hadapan dan buatlah kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin. Kerana ingatlah, di situlah anda akan menemui kejayaan.
Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal..... tetapi sebaliknya adalah orang yang masih tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan.
senyumlah walau dalam kesedihan...
dan rembulan pasti turut tersenyum untukmu!
30 Mei 2006
0 Comments:
Post a Comment
<< Home