Kata orang : “Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.”
Tapi aku katakan : “Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.”
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."

Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan

dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.

Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?

Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...

Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


AKU ADA KERANA KAU PUN ADA


cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada

dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku



Monday, November 14, 2005

Dihari bertambahnya umurku...

Tuhan..., maknailah setiap lembaran kisah yang menghiasi hidupku…
Agar kelak dihari bertambahnya umurku, aku mampu menyedari betapa berharganya hidup ini…
Tuhan..., jagalah persahabatan dan percintaanku…
Agar kelak dihari bertambahnya umurku, aku masih mendapatkan mereka berdiri setia
menemaniku menjalani hidup ini…
Tapi Tuhan..., tutuplah umur dan sisa hidupku…
Jika tak ada lagi kebaikan dan kebajikan yang mampu kuberikan untuk
Kamu dan mereka….


Usia Tua

Andainya kuhidup ke
usia tua; Kupinta supaya
berpunya sedikit budi,
wibawa dan daya jenaka;
supaya tidak disingkir
bila telah kecut berut
dan lesu tidak bermaya;

Tetapi dihargai dan
dijagai baik umpama
antik saujana.

Termangu aku di pelantar sendu merenung alunan ombak waktu yang kian pantas memecah buih-buih kasih di celahan takdir. Bukan tak ku izin ombak waktu menyentuh buih kasih.
Bukan tak ku rela bayu senja menyapa pantai kenangan. Tapi kerana sentuhan itu adalah sentuhan kecundang, aku tak berdaya membiarkan segalanya menjadi bagai istana dicium ombak.
Ingin ku himpun dedaun perpisahan menjadi hamparan pertemuan yang baldu buat menyambut kedatangan insan yang aku sayang.

Tapi sayang... impian kian kering disejat mentari duka.
Dan dalam keterharuan yang tak pernah diagihkan ini aku berbicara sendiri.
Bagiku hitam bukan impian. Derita pun tak pernah kecundang. Dan perpisahan jua tak pernah ku gamit agar bertamu di teratak jiwa.
Semahunya hati ini ingin terus merangkai mutiara mesra kerana itulah yang menumpah bahagia.

Tapi perpisahan yang hadir bersama salam duka membuatkan keterpaksaan bersarang di minda. Pedihnya perpisahan ini, siapakah yang paling mengerti?
Menangis hatiku bila aku gagal mencampak kenyataan ke laut dusta.
Terpaksa ku akui aku tak tega menghadapi perpisahan ini. Aku terasa kehilanganmu.Jarak yang memisahkan, biarpun bukan beribu batu cukup untuk menyalakan api keyakinanku bahawa mesra yang biru akan menjadi kelabu. Selama ini aku sandarkan kekuatan hati di serambi mesramu kerana itulah satu-satunya yang memutihkan hitam warna lara yang ku genggam.

Tapi masa yang berlalu merubah keadaan. Lantas kini aku terbuang. Sendiri membilang derita. Jaluran perpisahan yang terentang ku tafsirkan bukan dengan satu warna. Ada hikmahnya perpisahan yang terjadi. Bertamunya aku di anjung hidupmu bukan untuk selamanya. Saat bahagiamu menyinar suluhan kasihku akan ku halakan ke satu arah yang tak lagi sehala denganmu. Dan senyumanmu tak ingin ku hapuskan ia dengan sebabak kisah sendu yang terpaksa ku kendong.

Bahagiamu.... itulah yang terlalu ku impikan!
Kini aku sendirian meniti hari-hari yang suram…… tiada lagi kasih sayang mu….
Segala-galanya telah tiada…. Terasa diri sebatang kara menahan jasad yang lemah di bawah hembusan angin.
Di bawah langit yang tidak beralas… di bawah kehijauan dedaunan yang tunduk turut simpati dengan kesedihan.
Namun apabila teringatkan kasih Allah, aku seperti mendapat satu kekuatan
Demi Allah yang selalu datang menguji hambaNya, derita tu akan datang juga tanpa mengenal masa.
Walaupun kita dah berbuat baik pada sesama makhluk, belum tentu kita akan dihargai.
Dan demi Allah, biarlah kita jadi manusia yang tabah terima semua ni.

Dalam cahaya pagi yang masih diselubungi kesamaran kerana mentari dalam perjalanan.
Serta-merta hati ini rindu kepada seorang insan datang bertandang, tanpa memberi salam.
Dan rasa itu menusuk ke tangkai hati….
Debaran dan kedamaian bersatu hingga diri ini gagal mentafsir jenis apakah perasaan ini.
Kadang-kadang aku ingin bebas daripada perasaan begitu namun
kadang-kadang aku senang berperasaan begitu.

Perasaan itu telah lama memandu diri ini ke jalan yang tenang.
Meskipun ia wujud dan hidup di dalam diri ini tanpa kehendak hati, tanpa di pinta….
Namun ada ketenangan di sebalik perasaan itu.
Reda! Perasaan itu telah banyak mengajar diri ini untuk menjadi hamba yang reda dengan
setiap pemberian dan ujianNya. Harapan hati ku, biarpun meski bunga-bunga akan berguguran silih berganti, biarlah rasa yang terbit dari hati ini yang tulus dan semula jadi akan berkekalan.

Tak ada satu pun di dunia ni yang dibina oleh manusia akan kekal.
Sekalipun ia dibina dengan tangan yang kuat, sekalipun ia dibina dengan akal yang bijak dan sekalipun dengan hati yang ikhlas. Semuanya akan musnah sama ada cepat atau lambat, sama ada baru atau lama, sama ada dengan rela atau paksa.
Begitulah hati kita. Kalaulah hari ini aku diberi pilihan untuk memadamkan perasaan yang tak aku bina ini, akan aku katakan aku tak ada pilihan lain selain membiarkan saja ia menguasai rinduku sepertinya angin menguasai gunung?... sepertinya air menguasai laut. Sekalipun aku diberikan sesuatu yang lebih baik dan bahagia?. Aku tetap takkan pilih untuk lari daripada perasaan ini.

Ya Allah! Sebesar gunung kasihku pada dia, dia tetap pergi juga.
Maka lenyapkanlah perasaan itu kiranya ia mampu membawa diriku ke lembah kederhakaan dan keingkaran terhadap takdirMu. Lenyapkanlah ia…. Supaya yang ada di dalam hatiku hanya kasihMu.
Hanya cinta padaMu dan seluruh tumpuanku biarlah hanya padaMu yang termanis untuk kucintai.

Ya Allah! Bila aku lihat insan berbahagia disisi cinta, bersama kekasih mereka….
Aku juga ingin bahagia. Tapi aku amat pasti lagi yakin bahawa tiada Kekasih
yang lebih membahagiakan selain daripadaMu…. malah aku teramat pasti bahawa tiada kebahagiaan bagiku di sisi manusia…. melainkan dengan rahmat dan reda kasihMu ya Tuhanku….

Ya Allah….. temukanlah aku dan dirinya. Bahagiakah dia? Deritakah dia? Ya Allah….
Rindunya hati ini. Kurniakanlah aku jalan untuk kutemui dia. Dan dekatlah kasihnya dihatiku.
Berikanlah aku kesabaran untuk menunggu dan ketabahan untuk aku mengembalikan semua itu seperti dulu.
Dan sejahterakanlah hidup dia meskipun terpisah jauh dari mataku.

Kalaulah diri ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit.
Ya Allah kiranya yang aku tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah….. namun kiranya rasa kasihku ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri ini lemah daripada setitis embun… tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, malam yang tanpa kehadiran bulan dan bintang…. Tiada kekuatan untuk menanti meskipun ada KESETIAAN di hati.

Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNYa. Luka di hati memang Tidak terucap.
Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang,
tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah aku yang merasainya. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan ini, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik.

Merebahkan diri diatas tilam….merenung jauh dinding batu yang kaku.....
Melepaskan sesak yang bermukim…. Sepantas kilat wajah itu menjelma lagi…
wajah itu muncul kembali… tanpa senyuman, tanpa renungan mata.
Tetapi wajah itu tetap membuatkan hati ini sarat dengan kasih dan rindu.
Sekadar menahan dan menerima kiranya itulah yang Allah tiupkan ke dalam hati ini untuk merasai.
Dan malam itu lenaku seperti malam-malam kelmarin, semalam dan malam ini….
Tidur dengan ingatan kepadaNya tetapi penuh rindu dengan hambaNya yang bernama….

Tanpa suara.

Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi.
Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap.
Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat cinta mekar dihati kita. Bisakah biarkan ianya hanya berlalu, lepaskan saja?
Yang tersisa kini, diri ini masih berdiri kukuh bertemankan kenangan cinta semalam.
Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni….
Pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan
ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abady.

Sayang,
Jagalah diri baik-baik. Hanya yang dapat aku katakan, ….
"kalau setiap saat diri mu ingatkan Allah dan setiap saat itu juga diri ini teringatkan Allah…
bermakna waktu itu kita telah menjadi satu kerana mencintaiNya Yang Satu.
Di situlah selayaknya hati kita bertemu!”

Ya Allah....!

Di persisir angin yang menyapa
Aku terhidu bau harum....
Itulah harapanku kepadaMu
Agar Engkau mengutip cintaku
Yang pernah berselerakan disaluti debu.

Ya Allah....!
Daku tetap menantiMu di setiap kali
Angin menyapa jasadku...
Daku tetap mencintaiMu
Meski berulang kali telah kumungkiri....
Daku masih mencintaiMu
Dan aku mahu terus begitu....

Ya Allah....!
Meski fajar terbenam....
Meski rembulan sembunyi di balik awan
Meski senja tiada lagi warna jingga....
Aku masih ingin mencintaiMu....
Meski cinta itu sungguh payah kumiliki....
Meski cinta itu sungguh payah
Untuk kuselitkan ke dalam hati....

Dan....
Daku pasti
Dengan rahmat dan kasih sayangMu....
Daku tetap akan menanti
Meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku...
Dan semoga cinta ini
Akan menjadi saksi bahawa
Aku tidak mahu pulang
Tanpa cintaku kepadaMu
Ya Tuhanku!



17 Oktober 2005
Degup jantung seseorang
Seakan-akan berbicara kepadanya
Bahawa sesungguhnya hidup ini
Terdiri dari minit-minit dan detik-detik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




Mungkin hanya Tuhan
Yang tau sgalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat saat ini

Kau takkan percaya
Kau slalu di hati
Haruskah kumenangis
Tuk menyatakan yang sesungguhnya

Kau lah segalanya untukku
Kau lah curahan hati ini
Tak mungkin kumelupakanmu
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang