Telah turunlah
embun suci,
pada dinihari.
Lalu singgah sejenak
Di daun keladi
Sehingga pagi.
Anginpun bertiup
Mengocak keladi.
Lalu gugur
embun suci
ke rumput bumi
Matharipun terbit
Menghangat bumi.
Lalu lesap
embun suci
menghilang sepi.
Di alam fana ini
insan adalah embun:
hinggap sekejap
meminjam bumi;
Tiba ajal pulanglah ia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home