Lelaki beristeri
Aku ikut adat lama
Bila perkahwinan ertinya saksama
Dan kini zaman baru
Bila perkahwinan jadi keliru.
Dan, seperti lelaki-lelaki zamanku
Perkahwinan menjadi hal ragu-ragu
Kenapa aku mahu kawin
Dan tidak adakah jalan-jalan lain
Kemungkinan-kemungkinan
Yang tidak memerlukan
Tanggungjawab, harapan atau kepercayaan.
Tapi apakah hidup tanpa percaya
Yang mendahului cinta dan setia?
Adakah wajar diikuti jalan itu
Tanpa harapan
Yang membendung kerisauan?
Lelaki yang ada isteri
Belajar menguasai dunia
Dalam lindungan rumahnya,
Dalam teduhan harapannya,
Dalam api kepercayaannya,
Untuk memenuhi cintanya.
Sudah kahwin?
Kenapa aku dah kahwin?
Terperangkap dalam lautan
Menolong isteri menukar kain-kain tiduran
Dan mengubah sikap menolong isteri
Menyapu rumah, membersih tingkap
Mengemas bilik, menukar lampiran anak
Mengisi botol-botol garam dan kicap?
Mengapa aku beristeri?
Sebab demi masa yang berubah-rubah
Di sebalik angin dan awan rendah
Belum ku nampak sebarang tanda
Bahawa selain dari perkahwinan
Bagi sekalian manusia
Tidak ada jaminan bahagia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home