Langit Ke Tujuh
Tapi aku katakan : âTersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.â
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.
Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?
Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...
Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
AKU ADA KERANA KAU PUN ADA
cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
Saturday, July 02, 2005
Alkisah maka tersebutlah pada suatu masa ada seorang lelaki tua yang bijaksana tinggal di puncak sebuah gunung (tidak kutahu mengapa tetapi memang lazimnya bahawa seorang lelaki tua yang bijaksana sepertinya semestinya tinggal di puncak sebuah gunung).
Setiap kali penduduk kampung mempunyai sesuatu masalah, mereka akan mendaki gunung itu dan meminta nasihat daripada orang tua tersebut.
Suatu hari seorang pemuda yang bolehlah dikatakan berjaya mengikut ukuran waktu itu memutuskan untuk mendaki gunung itu dan bertanya kepada orang tua itu suatu soalan.
"Wahai datuk yang bijaksana", tanya beliau. "Apakah yang membuat seseorang itu sebenar-benarnya unggul?"
Si orang tua itu merenungnya seketika lalu menjawab, "Adakah kamu benar-benar ingin tahu?". "Ya, ya", jawab si pemuda.
"Baiklah," kata si orang tua. "Benarkanlah aku beritahu kamu melalui sebuah cerita."
"Alkisah maka tersebutlah pada suatu masa ada seorang berbangsa greek yang mengidap suatu penyakit yang boleh membawa maut. Oleh kerana beliau mengetahui yang beliau akan mati dalam sedikit masa sahaja lagi, beliau menjadi orang yang pertama sekali menyertai angkatan tentera apabila negaranya berperang dengan musuh. Dengan harapan untuk mati di medan perang, beliau lalu berjuang, berjuang dan terus berjuang, mendedahkan dirinya kepada bahaya di ba risan hadapan tanpa mengendahkan langsung nyawa sendiri. Akhirnya, apabila peperangan itu selesai dengan dimenangi oleh negaranya, beliau masih juga hidup lagi!
Panglima beliau yang begitu kagum dengan keberanian beliau yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemenangan mereka memutuskan untuk menaikkan pangkat beliau dan menganugerahkannya dengan pingat keberanian dan kehormatan. Di hari penganugerahan, beliau kelihatan murung dan sedih sahaja. Kerana kehairanan, si panglima bertanya kepada beliau apakah sebabnya dan diberitahu bahawa beliau mengidap penyakit membawa maut. Bagaimanakah mungkin dia membiarkan seorang pahlawan seberani itu mati begitu sahaja? Lalu si panglima mendapatkan para tabib yang terbaik yang dapat dicarinya untuk mengubati pahlawan tersebut sehingga akhirnya beliau sembuh daripada penyakitnya.
Namun demikian, terkemudian dari saat itu, si pahlawan yang dahulunya sebegitu berani tidak lagi kelihatan di barisan hadapan! Beliau akan sentiasa menjauhkan dirinya daripada bahaya dan berusaha sedaya upayanya untuk melindungi nyawanya dan tidak lagi mempertaruhkannya seperti dahulu!".
"Rang muda, jika kamu ingin menjadi sebenar-benarnya unggul, kamu hendaklah jangan takut mati, kamu hendaklah jangan kia su (takut kalahrugi), kamu hendaklah berani gagal!".
"Janganlah takut bahawa hidupmu akan berakhir, tetapi takutilah bahawa ia tidak akan bermula."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home