Kata orang : “Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.”
Tapi aku katakan : “Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.”
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."

Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan

dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.

Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?

Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...

Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


AKU ADA KERANA KAU PUN ADA


cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada

dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku



Tuesday, October 17, 2006

Selamat Hari Lahir; Untuk Siapa...?Siapa-Siapa Saja....

Larut

Mungkin aku pernah juga merasakan cinta..Tapi tak pernah .. seindah ini
Mungkin aku juga pernah merasakan rinduTapi tak pernah .. sedalam ini
Mungkin kamu takkan pernah percaya ..Bahwa sesungguhnya .. aku telah terjatuh….
KUAKUI AKU TELAH LARUT
LARUT KE DALAM .. KAMU .. YANG KU CINTAI….

Dihari bertambahnya umurku...
Tuhan..., maknailah setiap lembaran kisah yang menghiasi hidupku....Agar kelak dihari bertambahnya umurku, aku mampu menyedari betapa beharganya hidup ini...Tuhan..., jagalah persahabatan dan percintaanku....Agar kelak dihari bertambahnya umurku, aku masih mendapatkan mereka berdiri setia menemaniku menjalani hidup ini...Tapi Tuhan..., tutuplah umur dan sisa hidupku..Jika tak ada lagi kebaikan dan kebajikan yang mampu kuberikan untuk Kamu dan mereka......
Hidup ni takkan terhenti dengan air mata. Sebagai lelaki aku harus kuat. Kita bukan hanya hidup untuk mengenang hari yang lepas. InsyaAllah jika panjang umur…… selagi nyawa diberi kita mesti teruskan juga. Tapi pastikan esok kita teruskan dengan baik, bukan seperti semalam.


Selama ini aku tidak pernah cuba mengimpikan untuk mengasihi selain daripada ahli keluarga. Aku rasa sudah cukup bahagia. Selama ini juga aku tak pernah mengimpikan kehadiran seorang perempuan yang bernama kekasih. Namun semuanya mungkin sahaja berubah jika itulah yang Allah kehendaki.

Tanpa sebarang impian dan tanpa sebarang harapan, Allah telah mewujudkan watak perempuan itu dalam hidupku. Tanpa sebarang janji, tanpa sepatah kata, tanpa secubit kemahuanku, kehadiran itu lansung mengubah kehidupanku. Maka bermulah kerinduan dan kasih sayang yang tiada tepian. Tiada kata pembukaan, tiada berperenggan dan mungkin juga tiada akhiran. Yang pasti hanyalah sekukuh perasaan yang kadangkala meletakkan diri seperti di dalam mimpi.

Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Boleh dikatakan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini adalah disebabkan Allah telah mencampakkan perasaan cinta di dalam tiap jiwa manusia. Itulah cinta!

Berbicara tentang cinta ibarat menuras air lautan yang dalam dan kaya dengan pelbagai khazanah. Kita akan temui bermacam-macam benda. Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada seratus orang manusia, di situlah akan tedapat lebih daripada seratus kisah cinta.

Walaupun aku tidak dapat hidup di sampingmu dan kita tak mungkin hidup bersama, tetapi memadailah buatku untuk mati di pangkuanmu. Salam ampun dan maaf dariku untukmu.

Jika belatimu tak begitu tajam untuk menembus jantung dan hatiku,
pakailah belatiku yang baru saja ku asah...
dan jika jantung dan hatiku telah terkoyak oleh belatiku sendiri,
maka berjanjilah jantung dan hatiku menjadi yang terakhir....


17 Oktober 2006
www.suratuntukbulan.blogspot.com
Selamat Hari Lahir...untuk siapa...?Ah!siapa-siapa saja...
Hari ini akan berlalu sebentar lagi...Esok hari baru..Panjang
umur tahun hadapan kita berjumpa kembali. Jika ada umur ya..

1 Comments:

At 4:15 PM, Blogger kasih4u said...

salam dari kejauhan...
salam rindu di angin lalu..
tetapi tetap meninggalkan kenangan berharga buatku,
salam sejahtera selalu untukmu dan keluargamu,
salamat hari raya..ya maaf zahir bathin..
semoga bahagia di hari raya...
""saya berhari raya bersama awak"".....hehehe.

semoga cek suka ya...amin.

 

Post a Comment

<< Home




Mungkin hanya Tuhan
Yang tau sgalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat saat ini

Kau takkan percaya
Kau slalu di hati
Haruskah kumenangis
Tuk menyatakan yang sesungguhnya

Kau lah segalanya untukku
Kau lah curahan hati ini
Tak mungkin kumelupakanmu
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang