Langit Ke Tujuh
Tapi aku katakan : âTersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.â
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."
Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan
dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.
Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?
Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...
Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
AKU ADA KERANA KAU PUN ADA
cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada
dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku
Friday, August 11, 2006
Lama aku berdialog dalam hati sendiri. Mempersembahkan pertanyaan demi pertanyaan dan permohonan demi permohonan kepada Allah Al-Haq. Aku cuba bangun dari sejadah, mengumpul semangat untuk bernafas seperti biasa. Aku gagal! Rasa rindu menguasai akalku. Lalu tanpa rasa putus asa, kugagahkan juga jasadku untuk bangun dan menuju ke pintu. Membuka pintu perlahan-lahan dan melabuhkan duduk ke kerusi yang terletak di beranda. Menyandarkan belakang ke kerusi, aku mendongak ke langit. Air mataku kembali bercucuran di pipi.
Aku cuba merapatkan kelopak mataku dan membukanya kembali. Berharap air jernih yang bertakung di kelopaknya akan jatuh dan aku mampu membiarkan cahaya purnama menerobos masuk ke dalam anak mataku. Namun air yang bergenang itu tidak mahu surut. Bertakung, menitis dan mengalir lagi sehingga semuanya kelihatan kabus di pandangan.
Sering kali aku berkata pada diri, tidak ada lagi yang menghargai diri ini.
Tidak ada lagi yang menyayangi.
Tidak ada lagi yang mahu menyingkap gelodak rasa yang membantai dada.
Siapalah aku untuk dihargai, disayangi dan diambil hati. Yang mahu jadi sangga pada kecondongan ku.
Kalau ada pun, tak mungkin hati dan diri ini mahu difahami.
Kusebut namanya dengan nada suara yang lahir dari hatiku yang paling dalam. Semakin aku berjuang untuk membuangnya, semakin aku gagal. Jadi biarlah kuikutkan kata hati ini. Menyebut namanya bertalu-talu. Hingga akhirnya tangisan lukaku berhenti dengan sendiri. Sesegar angin di sepertiga malam itu menyusup masuk ke liang romaku…..
Usah kau bimbangi lagi
Air mata telah kering dan pada saat selepas catatan ini berakhir,
Dia bakal kulupakan.
Takdir dan Waktu
Tidak ku tahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak ku tahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan ku cuba untuk mengusir tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertamu
Aku gelisah…..
Kini rinduku menyemput cinta
Yang ditakdirkan dengan mu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya
Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih didalam dada
Aku tersiksa….
Aku terbiar kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuhnya nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca
Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku disaat ini
Tidak ku sangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu dihatiku
Untuk melepaskanmu
Demi kerana ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah didalam kalbu
Terhimpun rindu sayang
Tidak kusangka terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti luka cinta….
26 Julai 2006 @ 3.50am
Saat dirimu lena dalam mimpi yang sempurna...
sedang aku hanya pungguk merindu Sang Bulan!
1 Comments:
Assalamualaikum..sahabatku, sedih ku membaca rintihanmu. Mengapa kau seumpama aku..mengapa kita masih memandang rembulan, mengapa kita masih merindui bulan sedangkan bulan telah berbahagia dengan bintang2nya. Sedang bulan tidak pernah merasai apa2..yang kita rasa. Sedang rembulan tidak punya mata untuk melihat hati kita, meski sekali sekala ia mampu menyuluhi kita. Sedarlah wahai sahabat..usah membiarkan hidupmu dimamah oleh waktu yang berlalu tanpa kau mengambil manfaat dari masa yang berlalu itu. Jika kau punya teman untuk dijadikan pasangan dan menyukainya ..ayuh sayang...teruskanlah dengan pilihan itu jgn teragak lagi...agar kau boleh melupai dan menikmati nikmat baru yang Allah limpahkan padaMu.
Sebenarnya ramai yang punyai hati seumpama bulan itu...ramai yang ada prihatin seumpama bulan itu, hanya perlu kita mencubanya...ingat kalau Allah tak izin tak akan terjadi semuanya. Dan sudah tentu jika hatimu bertaut dengannya itu jua adalah takdirNya.
Saya dapati kelemahanmu sahabat....ialah kamu mengulangi kesalahan lama. Kamu tidak menyatakan CINTA...lalu orang akan tertunggu..kata cinta darimu dan kemudian kerana lama menunggu oran gakan berlalu...meninggalkan kamu seseorangan.
Sedarkah kau sahabatku...kesilapan yang besar itu...sedarkah kau peluang yang telah kau abaikan...?
Em...mungkin itu jua ada hikmahnya...dan adalah takdir Allah jua. Maafkan saya kerana berkata begitu. Aku amat mengasihani kamu..kerana keseorangan kamu. Sedang orang lain sudah laman menikmati kebahagiaan sedang kamu masih lagi dalam kebuntuan dan kerinduan...
cuba berfikir sejenak segala kata2ku ini...aku sahabatmu ...jika kau bahagia..aku jua tumpang bahagia. Hidup kita ini tidak lama sayang...kita smeua akan kembali kepada yang Esa. Cuma segala cubaan dan rintangan di dunia ini sekadar menguji siapakah yang paling bertakwa kepada Allah...
Maafkan aku jika bicaraku ini mengguris hatimu. Salam buat sayahatku..aku selamanya sahabatmu...wassalam.amin.
Post a Comment
<< Home