Kata orang : “Kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.”
Tapi aku katakan : “Tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.”
Rembulan tertawa dan bintang-bintang bersorak-sorai...
Lalu mengapa biarkan kesedihan membunuh membelenggu hati mu....?
Raihlah senyuman pagi hari dan ucapkanlah: "Selamat datang! sungguh aku amat merindukanmu."

Kau laksana bulan yang menyinari hidupku...
menerangkan hati cintaku
mengindahkan bayangan

dan akulah punggukmu yang sanggup menanti sang bulan
tersenyum di langit.

Berapa jauh kau boleh pergi?
berapa pantas kau boleh berlari?
berapa tinggi kau boleh terbang?
berapa sakit kalau terhempas?

Tidak akan kau berperasaan gundah walaupun sekali,
sekiranya kau tahu apa yang dicari...

Apa yang di cari?
Aku Tanpa Cintamu


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah
Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kaliKu ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu
TuhanUntukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


AKU ADA KERANA KAU PUN ADA


cinta adalah anugerah yg Kuasa
yg bila terasa betapa indahnya
sungguh lemah diriku
tak berarti hidupku
bila tak ada dirimu

andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku

aku ada karena kau pun ada
dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya
aku ada karena kau pun ada

dengan cintakau buat diriku hidup selamanya
andai ku bisa akan ku balas
semua yg pernah engkau berikan
terima kasih dariku atas ketulusanmu
menyayangi diriku



Tuesday, July 05, 2005

JANGANLAH engkau cemas tentang rezekimu, kerana pencariannya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya. Apabila kamu telah memperolehi rezeki untuk hari ini, maka janganlah engkau risaukan rezeki untuk hari esok, sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan hari kelmarin yang sudah berlalu. Sedangkan hari esok, apakah engkau tahu sama ada ia akan sampai kepadamu atau tidak?

Uruslah keperluanmu untuk hari ini. Seandainya kamu mengenal Allah, maka kamu akan menyibukkan diri denganNya dan menjauhkan dirimu daripada memburu rezeki, kerana perasaan takut kepadaNya itu akan mampu mencegahmu daripada memburu rezeki.

Wahai hamba, aku melihat, bahawa kamu hanya sedikit sekali mengenal Allah dan rasulNya, sedikit sekali mengenal kekasih Allah dan pewaris para nabiNya untuk menusia. Kamu ialah manusia yang kosong daripada pengertian, tidak ubahnya bagaikan sebuah sangkar tanpa burung, atau bagaikan rumah kosong yang sudah hancur luluh, atau bagaikan pepohon kering yang daunnya berguguran.

Semaraknya hati seorang hamba adalah dengan Islam, kemudian dengan meyakini hakikat dan kewujudan Islam itu, iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh. Serahkanlah dirimu kepada Allah yang Haq, maka Dia akan menyelamatkan engkau, menyelamatkan nafsumu dan dirimu sendiri. Keluarlah engkau dari hatimu dan daripada semua makhluk, khususnya manusia. Kemudian menetaplah kamu di hadapan Yang Maha Haq dengan bertelanjang daripada dirimu dan dari pada segala insan. Jika al-Haq menghendaki, maka Dia akan memberimu pakaian dan mengembalikan engkau kepada makhluk manusia. Kerana itu ikutilah perintahNya kepadamu dan kepada semua makhluk, disertai dengan sikap reda kepada rasul dan sudah diutusNya.

Hai manusia! Apakah yang engkau miliki dan untuk apakah semuanya itu? Engkau hanyalah seorang hamba nafsu, hamba dunia dan hamba makhluk. Engkau hanyalah hamba manusia, engkau bersekutu dengan mereka. Kerana engkau berpendapat, bahawa akan ada manfaat dan mudarat yang datang daripada mereka.

Wahai kaumku.... malulah engkau kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Janganlah kamu melalaikan masa-masamu, janganlah kamu mensia-siakannya, janganlah kamu menyibukkan dirimu dengan mengumpulkan sesuatu yang tidak akan dapat engkau makan, mengangan-angankan sesuatu yang tidak mungkin dapat engkau capai, membangun sesuatu yang tidak mungkin engkau diami. Kerana semuanya itu akan menghalangimu daripada makam Tuhanmu.

Ingatan kepada Allah selalu terhunjam didalam hati orang yang arif, sehingga mereka lupa akan segala sesuatu yang pernah diingatinya sebelum itu. Apabila hal itu kamu dapat laksanakan dengan sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yang dipilih dan syurga yang dijanjikan. Syurga yang dipilih di dunia ialah reda kepada Qadak Allah, dekat hati kepada Allah, bermunajat kepadaNya, menyingkap tabir yang ada diantaranya dengan Allah. ; Ini akan menjadikan pemilik hati itu sebagai berteman dengan teman Allah di dalam kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan. Ada pun yang dijanjikan, ialah segala sesuatu yang sudah dijanjikan oleh Allah Taala kepada orang yang beriman dan melihat Zat Allah yang Maha Agung, tanpa hijab. Tidak disangsikan lagi, bahawa semua kebaikan adalah disisi Allah, manakala keburukan itu berada di sisi makhluk.

Kebaikan adalah dalam menghadap kepadaNya sedangkan keburukan adalah berpaling daripadaNya. Setiap amalan yang kamu harapkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yang kamu lakukan demi Allah dan untuk Allah, maka amal itu adalah untukNya. Apabila engkau beramal dengan mengharapkan imbalannya, maka balasan untukmu ada kepada makhluk, dan apabila kamu beramal kerana ZatNya, maka balasan untukmu ialah kedekatanmu kepadaNya d an melihatNya.

Syeikh Abdul Kader Al-Jailani.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home




Mungkin hanya Tuhan
Yang tau sgalanya
Apa yang kuinginkan
Di saat saat ini

Kau takkan percaya
Kau slalu di hati
Haruskah kumenangis
Tuk menyatakan yang sesungguhnya

Kau lah segalanya untukku
Kau lah curahan hati ini
Tak mungkin kumelupakanmu
Tiada lagi yang kuharap hanya kau seorang